Saya masih punya ruang untuk menelusuri ruang fikir sahabat-sahabat meski waktu agak mendesak dan payah. Syahdu dan hiba sekali apabila krisis identiti dan krisis intelektual Melayu masih berantakan di sana-sini. Sayang dan rindu tiba-tiba berantakan dalam fikiran saya. Di manakah kita semua hari ini?
Perkiraan yang saya ambil mungkin mudah dan amat ganteng atau mungkin juga tidak sekirannya semua kemelut Melayu itu kembali ke akar tradisi Melayu-Islam. Mengembalikan jiwa, teras diri dan perjuangan iru akan menjadikan bangsa akan kuat; teknologi akan hebat; bahasa akan cemerlang; tamadun akan perkasa.
Soalnya sekarang ialah para juak itu takut untuk mengakui kesilapan dan terlalu ego. Mereka kehilangan akar diri Melayu-Islam itu sendiri. Moga selepas ini, kesedaran yang tinggi itu seterusnya menolak kesombangan, kebongkakan dan ego sendiri akan mengembalikan kesesatan itu. Moga juga, Allah sentiasa merahmati perjuangan kita dan mengaminkan doa-doa insan tertindas seperti kita.
Insyallah dan kita perlu optimis.
1 ulasan:
Tuan Haji,
Siapa lagi yang harus kita harapkan. Pemimpin tidak lagi mahu memperjuangkan legasi Melayu yang tersisa. Mereka lebih rela menghumban segala yang dimiliki, demi .....??? Sedihnya...
Ghazali Lateh
Catat Ulasan