Isnin, 12 Januari 2009

SELAMATKAN TANAH GUGUSAN TIMUR ITU ...


i
Hujung minggu ini, di Kuala Terengganu akan diadakah pilihan raya kecil. Pilihan raya ini menentukan siapa dan parti manakah yang menjadi pilihan rakyat. Di mana-mana di tanah gugusan itu, kita semua dapat lihat UMNO berjaya menaburkan pembangunan serta merta sebab mereka punya kuasa dan kewangan. Dua lagi parti yang turut mempertaruhkan nasib iaitu PAS dan Bebas hanya berupaya berceramah di sana-sini tanpa menaburkan pembanguan sekelip mata. Inilah dua darjat kepartian yang sedang melanda negara kita.

Bagaimana pula dengan penyokong dan rakyat di gugusan itu? Lalu apa yang bermain dalam fikiran saya ialah wujud dua golongan penyokong iaitu yang memilih kebendaan (pembangunan materailistik) dan satu lagi modal insan (pembanguann rohaniah/ insaniah). Pilihan di tangan mereka. Mereka yang akan mencorakkan tanah gugusan itu. Itu juga hak mereka sebab itu adalah tanah air mereka. Untuk menasihati mereka, saya pula bukan manusia yang layak berkempen kerana tanah air saya jauh di selatan.

Cuma dari kejauhan apa yang boleh saya katakan ialah pilihlah yang kekal abadi hingga bermanfaat di negeri akhirat iaitu pembangunan modal insan. Pembanguan duniawi akan hilang seperti mana tanah Gaza, Palestin yang kini sedang dihancurkan oleh israel laknantullah.

Ini pandangan peribadi. Saya kira, sudah cukuplah pembangunan yang sedia ada di gugusan tanah itu. Dengan kekayaan minyak yang dianugerahkan Allah SWT itu, apalagi yang perlu dibangunkan? Pagar sekolah berharga jutaan ringgit, lebuh raya pantai timur diputuskan di sempadan, masjid, replika masjid dan macam-macam lagi seperti cendawan tumbu. Apa lagi yang hendak dibangunkan? Mungkin atas limpah kekakayaan itu, kerajaan umno akan membina tembok penghadang banjir sehebat tembok besar cina pula supaya K. T'gnnu tidak dilanda musibah bencana alam banjir pula. Hebat sekali gagasan ini.

Berkata pula timbalan memanda menteri yang menerajui kempen di tanah gugusan itu bahawa, "Perjuangan kita penuh kesederhanaan. Kita akan membantu tanpa mengira kaum dan seadilnya." Menarik sungguh retorik itu seperti menelan gula-gula yang manis di mulut tapi tidak pernah mengenyangkan.

Sesekali, ketika berkempen itu,kita juga perlu bermuhasabah diri. Cakap-cakap seperti ini boleh menjejaskan akidah dan iman Islam kita. Renungkan kembali dialog ini dan tekalah siapa yang melontarkan dialog ini ketika berkempen; "tanpa kerajaan UMNO tidak mungkin rakyat boleh hidup bahagia seperti hari ini. Hanya kerajaan UMNOlah yang mampu memberikan nikmat hidup aman dan bahagia seperti hari ini." Renungkanlah dengan sikap takwa muslimim kita. Saya juga bukan seorang mufti yang menjatuhkan hukuman.

Pilihan di tangan anda. Sebelum tanah air kita dilakna menjadi seperti Gaza dan Palestin; dihancurkan oleh yahudi, ingatlah ketika berkempen bahawa kuasa Allah SWT lebih mengatasi segala-galanya. Takutlah dengan ungkapan 'KUN FAYAKUN ALLAH'.

Jangan nanti kita menjadi seperti gambar di atas; mengutip cebisan al-Quran di sisi sisa-sisa masjid yang hancur. Allah telah banyak memberikan peringatan, tetapi kita sahaja yang lupa kerana gelojoh berkempen.

YA RABB, SELAMATKAN TANAH GUGUSAN TIMUR ITU.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petikan dari BorneoPost Sarawak

http://www.theborneopost.com/?p=45838

Dwibahasa pendekatan terbaik: Souba
Oleh Patricia Gari

Sains, matematik guna BM, BI boleh dipraktik dengan aplikasi kod-campuran, kod-peralihan

KUCHING: Pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dilihat pendekatan terbaik untuk mengajar dua mata pelajaran berkenaan di sekolah rendah dan menengah.

Dekan Pusat Pengajian Bahasa (PPB) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Souba Rethinasamy berkata pendekatan itu boleh dipraktikkan dengan mengaplikasikan kaedah kod-campuran (code-mix) dan kod-peralihan (code-switch) dalam pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran berkenaan.

“Ini adalah jalan terbaik daripada menghentikan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran ini.

“Jika keputusan untuk menghentikan penggunaan bahasa Inggeris diambil kira… bagi saya ini adalah satu jenayah yang besar kepada pelajar-pelajar kita kerana sains dan teknologi adalah dua bidang yang sentiasa berkembang,” katanya.

Bukan itu sahaja katanya, tindakan memansuhkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik akan menyebabkan konsep pengajian sepanjang hayat tidak terlaksana.

Menjelas lanjut dengan penggunaan dua kaedah berkenaan Souba berkata pelajar tahun akhir PBB Unimas di bawah seliaannya telah melakukan kajian terhadap guru-guru mengajar sains dan matematik di kawasan luar bandar dengan memfokus kepada subjek sains di Matu Daro.

Beliau berkata hasil daripada kajian ketiganya (penghujung 2007 dan awal 2008) mendapati responden (guru-guru mengajar dua mata pelajaran berkenaan) menggunakan kaedah kod-peralihan iaitu menggunakan bahasa Inggeris, kemudian dialih kepada bahasa Melayu dalam usaha membantu pelajar memahami dengan lebih baik perkara yang diajar.

“Guru-guru ini tiada pilihan selain menggunakan kod-peralihan dan kod campuran kerana rata-rata pelajarnya kurang fasih berbahasa Inggeris dan cara ini banyak membantu para pelajar memahami apa yang diajar dengan lebih baik,” jelasnya.

Souba menambah, ada juga guru yang mengajar sains dan matematik memilih menggunakan kaedah kod-campuran iaitu mencampuradukkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam satu ayat.

Sebagai contoh katanya, ‘I suka fish’ , adalah kod campuran antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Bagaimanapun beliau mengakui penggunaan kod campuran bukan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai kerana ia mungkin dapat meningkatkan pemahaman terhadap mata pelajaran berkenaan tetapi tidak dapat memperbaiki penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris.

Oleh itu katanya penggunaan kod peralihan adalah yang terbaik dengan para guru akan mengulangi perkara diajar dalam bahasa Melayu atau menjelaskan soalan pada mulanya dikemukakan dalam bahasa Inggeris menggunakan bahasa Melayu bagi meningkatkan pemahaman pelajar.

Beliau menjelaskan kajian lebih memfokus kepada sekolah dan pelajar luar bandar kerana kumpulan itu dilihat kurang bernasib baik dan lemah dalam bahasa Inggeris berbanding sekolah atau pelajar di bandar.

Hasil kajian itu juga beliau mendapati guru di kawasan kajian dapat menyedia dan mengajar sains dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan oleh kementerian atau Jabatan Pelajaran.

“Lapan peratus daripada mereka membaca buku rujukan sains dalam bahasa Inggeris, menggunakan sumber-sumber mengajar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) disediakan kerajaan serta bahan konvensional seperti kad manila dan pengaplikasian kod peralihan banyak membantu pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris,” jelasnya.

Souba bagaimanapun berkata bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan menggunakan dwibahasa, latihan intensif tentang pengaplikasian kod-campuran dan kod -peralihan mesti diberikan kepada para guru yang mengajar dua subjek berkenaan.

“Ini penting bagi memastikan mereka dapat mengajar menggunakan kedua-dua kaedah ini dengan betul supaya penggunaan bahasa Melayu dapat dikurangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran pelajar berbahasa Inggeris dan saya yakin dengan garis panduan serta latihan yang baik ia akan dapat dilaksanakan dengan berjaya,” katanya.

Selain itu katanya, kajian ketiga berkenaan juga membuktikan berbilion ringgit yang telah dibelanjakan kerajaan sejak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003 tidak seharusnya disia-siakan dengan guru berupaya menggunakan dengan baik kemudahan disediakan kerajaan.

“The Star awal tahun ini melaporkan kerajaan telah membelanjakan RM2.21 bilion untuk menyediakan peralatan ICT dengan RM2.4 juta dibelanja bagi membeli perisian komputer, RM137 juta untuk melatih para guru dan RM638 juta bagi insentif mata pelajaran.

“Semua ini adalah untuk memastikan dasar PPSMI dilaksanakan dengan jayanya,” tambah Souba.

Selain itu Souba berkata dalam PPSMI pengaplikasian teori diperkenalkan pakar linguistik, Stephen Krashen (1996) juga boleh diguna pakai.

Teori Krashen katanya adalah mengenai ‘arahan terlindung mengenai sesuatu subjek (Sheltered subject-matter instruction) dan sebagai contoh, apabila pelajar sudah mengetahui tentang dinosaur dan apabila pengajaran dan pengajaran mengenai haiwan berkenaan lebih berkesan walaupun diajar menggunakan bahasa Inggeris.

“Ini kerana mereka sudah tahu apa itu dinosaur dan dengan cara ini pelajar akan lebih mengetahai apa itu dinosaur selain menguasai bahasa Inggeris,” jelasnya lagi.

Saoba dalam pada itu percaya dalam membuat keputusan berhubung perkara berkenaan, pandangan pelajar perlu diambil kira memandangkan pelajar adalah kumpulan sasaran dan sebarang kesan akan dirasai kumpulan itu.

Sehubungan itu katanya, beliau bersama pelajar tahun akhir PPB Unimas telah melakukan dua kajian sebelum kajian mengenai penggunaan kod campuran dan kod peralihan dilakukan pada penghujung 2007 hingga awal 2008.

Kajian pertama beliau (pertengahan 2006-awal 2007) dan pasukannya ialah mengenai penerimaan pelajar kurang dan tidak fasih berbahasa Inggeris di luar bandar terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dan pilihan mereka sekiranya diberi pilihan.

“Berdasarkan kajian melibatkan 250 pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima di daerah Serian yang diadakan, secara keseluruhannya 78 peratus mengatakan mereka menghadapi masalah.

“Manakala 22 peratus mengakui mereka mengalami sedikit masalah. Selain itu, kajian ini mendapati 30 peratus daripada pelajar mengatakan mereka amat sukar memahami konsep dan aspek teknikal matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

“Empat puluh lapan lagi bermasalah, 16 peratus agak susah untuk faham dan 16 peratus boleh menguasai subjek matematik dengan baik diajar dalam bahasa Inggeris,” jelas Souba.

Souba menambah: “Jika diberi pilihan, 43 peratus daripada pelajar ini memilih dua subjek berkenaan diajar dalam dwibahasa, 32 peratus mahukan bahasa Malaysia sepenuhnya, 19 peratus bahasa Inggeris dan satu peratus mahukan bahasa-bahasa lain (ibunda).”

Bagaimanapun katanya, secara keseluruhannya, 80 peratus pelajar sedar akan kepentingan pengajaran dua mata pelajaran berkenaan dalam bahasa Inggeris, selebihnya kurang maklum akan kepentingannya.

Kajian kedua pula (pertengahan 2007-akhir 2007) katanya memfokus kepada perbandingan pandangan pelajar luar bandar dan bandar mengenai pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan bahasa Inggeris dengan beberapa sekolah di Kuching dan Mukah dipilih.

“Dalam kajian kedua ini pelajar dari sekolah di bandar dan luar bandar masing-masingnya 100 dipilih sebagai responden dan hasil kajian ini 76.5 peratus pelajar bandar mahu sains dan matematik diajar menggunakan dwibahawa dan 11.8 peratus mahukan bahasa Melayu, begitu juga dengan bahasa Inggeris.

“Bagi pelajar luar bandar, 50 peratus daripada mereka mahu diajar menggunakan bahasa Ingegris dan bahasa Melayu, 30 peratus memilih bahasa Melayu dan hanya 20 peratus mahukan bahasa Inggeris,” jelas Souba.

“Maknanya, pelajar luar bandar dan bandar lebih memilih sains dan matematik diajar menggunakan bahasa Inggeri dan bahasa Melayu kerana mereka menghadapi kesukaran untuk memahami konsep apabila bahasa Inggeris digunakan tetapi pada masa sama menyedari kepentingan dasar ini dilaksanakan demi masa depan mereka sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu Souba menambah, beliau dan pasukannya akan melakukan kajian keempat yang dianggap lebih penting kerana ia bakal melibatkan kumpulan pelajar pertama mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak darjah satu.

“Kumpulan sasaran untuk kajian akan datang amat unik kerana mereka baru sahaja menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) masing-masing dan akan memasuki tingkatan satu Januari ini.

“Dalam kajian ini nanti perbandingan antara pelajar luar bandar dan bandar akan dilakukan dengan mengemukakan beberapa soalan yang sama dengan soalan pada kajian pertama dan kedua,” katanya.

Menurut Souba kajian keempat ini bertujuan mendapat gambaran lebih menyeluruh tentang kesukaran, kesedaran dan pemilihan bahasa (oleh pelajar).

Ron

Sham al-Johori berkata...

Sdr Ron,
Terima kasih atas pandangan dan mengirimkan dapatan kajian Souba terdapat penggunaan konsep dwibahasa atau kod campuran dengan respondennya adalah pelajar dan guru kawasan sarawak.
Itu adalah satu gerakan yang membuka ruang kepada kehancuran kedua-dua bahasa iaitu BM dan BI. Bahasa itu akan menjadi bahasa rojak dan mengganggu sistem bahasa kedua.
Dalam kajian linguistik dan terapan bahasa, konsep dwibahasa tidak banyak membantu perkembangan ilmu. Malah kesan terhadap bahasa rojak yang berlaku di negara kian menular serta parah.
Pemansuhan PPSMI bermakna, kita ingin menyatakan bahawa BM adalah bahasa ilmu yang kuat daripada seluruh aspek P&P.
Pencapaian dan keberkesanan P&P bukan bergantung kepada teknik juga penguasaan kaedah P&P. Pertembungan itu adalah dua perkara yang jauh berbeza.
Saya amat percaya, pemberhentian PPSMI akan dapat menyelamatkan satu generasi manusia yang berilmu dan berketrampilan kepimpinannya.

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi ke INTERMESO. Saya setiap hari akan ke TANAH NURANI. Pendapatnya sangat bernas dan menjadikan saya puas. Teruskan perjuangan. Tahniah.

salam hormat
syaidul

Tanpa Nama berkata...

Saudara...Terimakasih atas ulasan mengenai artikel itu.

Saya tidak mahir dalam bidang bahasa. Walau bagaimanapun saya amat terkilan bila PPSMI dilaksanakan untuk menunjukkan keegoan dan keangkuhan seseorang yg berkuasa.

Ron
Sejijak