Rasanya hampir setahun saya tidak berkisah tentang politik tanah air. Hari ini, setelah ada rakan-rakan mendesak dengan pujuk rayu makanya saya gagahkan juga menulis sesuatu.
Hari ini masuk hari ke4, PAS menang PRK kawasan P36 di Kuala Terengganu (KT). Tahniah PAS/ PR dan UMNO jangan bersedih hati. Tingkatkan usaha dan cuba lagi dalam PRU 13 akan datang. Hidup mesti diteruskan dan sejarah tetap sejarah meski pahit untuk ditelan.
Saya dengan pandangan yang dangkal cuba meberikan sedikit pendapat kenapa umno kalah kali ini. PRK ini tidak sama dengan PRK di Permatang Pauh kerana di Pulau Pinang (PP) kerajaannya ialah DAP-PR. Maknaya, mustahil PKR akan kalah kerana berkerajaannegerikan PR. Di KT lain caranya, sebab kerajaan negerinya umno dan kerajaan pusatnya juga umno. Di situ PAS adalah parti yang menumpang dan perlu mencuba nasib dalam satu persaingan yang maha hebat. Ruang waktu dan situasi yang berbeza antara PP dan KT tidak boleh dijadikan kayu ukur kekalahan umno.
Umno kalah kerana beberapa faktor remeh, iaitu;
i. Tewas oleh media perdana yang terlalu menjijikkan.
Rata-rata media perdana (akhbar dan tv) milik umno telah mengambil kesempatan memburuk-burukkan parti lawan. Malah lebih teruk lagi apabila terlalu mendewa-dewakan pemimpin mereka yang terbukti tidak bersih. Keadaan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya, jahat sangatkah parti pembangkang?
Saya permudahkan alasan lain lagi kerana tidak mahu menjatuhkan hukuman yang keterlaluan. Alasan itu antaranya;
1. Orang umno sendiri yang tidak lagi sanggup bersekongkol dengan rasuah dan
penipuan.
2. Umno tiada calon yang benar-benar bersih dan berwibawa.
3. Janji-janji pembangunan yang tidak lagi masuk dek akal manusia normal.
4. Umnolah satu-satunya parti di dunia ini yang sudah lupa daratan dan membunuh
nasib bangsanya sendiri.
5. Umno kini dianggap parti untuk orang kaya dan ingin terus menjadi kaya raya.
(tiada tempat untuk orang miskin di dalam umno).
6. Umno berjuang untuk poket dan kedudukan sendiri bukan lagi bertradisi membela
rakyat.
Saya berkira-kira di atas kerana hal-hal pembangunan adalah tugas kerajaan. Maknanya siapapun yang menjadi kerajaan, mereka wajib mencipta pembangunan. Tradisi membela rakyat adalah senjata utama politik kepartian. Oleh itu tiada maknanya seorang ahli politik jika masih ingin berumah mewah dan besar, berkereta mewah dan besar, juga sentiasa ke luar negara. Kemewahan menyebabkan rakyat takut untuk mendampingi mereka.
Inilah serba sedikit masalah dalaman umno yang perlu diselesaikan. Selama TPM kata umno perlu perubahan. Moga anda segera sedar dan segera berubah.
Mungkin juga tidak ada kebenarannya pendapat ini. Fikirkanlah.
2 ulasan:
Salam buat Shamsuddin!
Saya bersetuju sangat dengan pendapat Shamsuddin tentang sebab-sebab kekalahan BN di KT itu. Memang pengundi kita sudah matang. Cara berkempen sudah berubah. Berkempen dengan janji-janji muluk bukan lagi satu cara yang boleh mempengaruhi pengundi.
Tuan,
1. Banyak perkara dibincang dan diulas tentang tewasnya UMNO@BN bermula PRU 12 Mac 2008, PRK Permatang Pauh Ogos 2008 dan terkini PRK K. Trg Januari 2009. 90% pandangan ada fakta dan benarnya.
2. Saya lihat FAKTOR MEDIA PERDANA sebagai memualkan hingga terus menjijikan, semua tentang BN KHASNYA UMNO DAN PEMIMPINNYA terus dipuja dan didewakan, tidak berubah dan tidak sedar majoriti rakyat dah muak dan mual tentang media akhbar dan TV yang banyak kerenah untuk menidakkan Pakatan Rakyat.
3. Ingat selagi media ini tak berubah, maka rakyat akan merubah UMNO nanti... jalan dan lalangnya semakin terang!
Sekian.
RAR
Catat Ulasan