
Salam mengimarahkan ramadhan.

SAYA sedang membayangkan anak-anak yang terdiri daripada pelbagai kaum ini sedang belajar di dalam satu sistem aliran persekolahan. Maksudnya tiada SRJK(Cina) atau SRJK(Tamil); yang ada hanya satu sistem sekolah iaitu SK (Sekolah Kebangsaan) yang bahasa penghantarnya adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia)."(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur…”
(al-Baqarah, ayat 185)
Esok umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan ini mempunyai hikmat yang amat mulia seperti yang dicacatkan oleh Allah di dalam al-Quran serta diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis sahihnya.
Syukur kepada Allah, kerana ramadhan kali ini menemukan saya kembali dengan kemuliaannya. Saya masih diberikan nafas dan tenaga untuk sama-sama mengimarahkan keberkatan ini. Moga ramadhan kali ini dapat mengubah nafsu duniawi saya seterusnya meningkatkan berahi imani yang sejak dua menjak ini tewas oleh hasutan fana alami.
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT dan mendapat hidayah yang dijanjikan oleh Allah sepanjang ramadhan al-mubarak ini.
Selamat berpuasa dan merebut janji Allah SWT itu. Amin ya rabbilalamin.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.Inilah wasiat Raja-Raja Melayu. Rupa-rupanya wasiat Raja-Raja moden lebih pelik berbanding wasiat / waadah sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Saya musykil, musykil, musykil.

SAYA terima sms daripada penyair Aminhad jam 5.07 petang. Isi smsnya ialah tentang negara kita kehilangan penyair Sabar Bohari ke negeri abadi. Dia yang sudah tiga hari derita (koma) akibat konpilasi buah pinggang akhirnya menyahut panggilan Illahi juga. Insya-Allah, jenazahnya akan dikebumikan di daerah kelahirannya, iaitu Kelang.
SALAM tanah gunung.