MINGGU depan atau 21 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H, seluruh umat Islam akan meraikan kemuliaan bulan ramadhan. Tentunya di dalam bulan ini juga selama 30 hari itu, ada banyak tawaran hebat yang dijanjikan oleh Allah SWT. Iklan di atas ada memperincikan tawaran-tawaran atau bonus hebat itu.
Dengan motto "REBUTLAH TAWARAN PALING LUMAYAN DARI ALLAH SWT INI SELAGI STOK UMUR MASIH ADA!!!", saya berharap rakan-rakan tidak melarikan diri. Jika kita berebut-rebut ke pusat beli belah untuk meraikan tawaran jualan hebat; makanya tawaran ramadhan ini juga perlu kita raikan bersama-sama.
Saya menerima gambar ini daripada seorang rakan melalui emailnya dua hari lalu. Terima kasih kerana masih sudi mengingatkan saya yang daif dan serba kekurangan ini. Insya-Allah, tawaran ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya apatah lagi apabila merenung usia yang meningkat menuju senja.
Saya petik serangkap sajak saya yang masih tak siap-siap lagi sejak dulu. Sajak tanpa tajuk dan pengakhiran ini sering saya tatap ulang dan bawa ke mana-mana.
Tuhan
usah beritahu detik kematianku
agar cintaku kepada-Mu
tak hilang.
Aku cari cinta-Mu dalam wujudku
Aku rindu kasih-Mu dalam dendamku.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.

3 ulasan:
dah tengok sastera berita harian ini hari? hahaha...
Tuan Haji.. tawaran hebat hari raya lebih mendapat sambutan rasanya.. baru masuk syaaban dah kalut nak sambut syawal dah.. Melayu boleh...
Wah, jadi hakim deklamasipun masih sempat ya cikgu menulis di blog..........
Catat Ulasan