PULANG dari Bandung, saya membaca akhabr Malaysia pula. Seperti biasa saya lebih suka membuka tajuk-tajuk rencana terlebih dahulu daripada tajuk berita semasa mahupun sukan. Merenung tulisan mantan wartawan utusan yang kini sudah bergelar mantan menteri penerangan tidak memeranjatkan saya. Dia yang pernah saya temu ramah untuk satu majalah utama pada tahun 1995 dahulu memang tidak pernah saya percaya akan cakap-cakapnya. Begitulah, tulisannya yang tersiap pada hari Ahad 9 Ogos 2009 itu mengingatkan saya kepada tulisan Dr.Ramlah Adam (sejarawan Malaysia). Mantan YB Merbok itu menulis tentang Tunku; rupa-rupanya sewaktu Tunku memerintah UMNO dahulu, banyak demonstrasi yang dilakukan oleh UMNO. Demonstrasi UMNO menentang Malayan Union, menentang Jus sulay, menentang pemurtadan Natrah, dan macam-macam demo lagi. Maknanya demonstrasi dan UMNO adalah sinonim. Membaca tulisan-tulisan Dr. Ramlah Adam untuk satu tugasan fakulti, semacam memberitahu saya bahawa tradisi UMNO yang sedang disembunyikan di dalam sejarah. Malah merujuk buku-buku tulisan sarjana sejarah yang lain, rupa-rupanya demontrasi adalah nadi perjungan UMNO.
Dua tiga hari ini, penyokong kuat TPM buat demo kecil-kecilan mengutuk PR. Yang peliknya tiadapun FRU mahupun polis? Jawapan mudah ialah demo halal, demo aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam; tidak mengganggu lalu-lintas, tidak menyebabkan peniaga bandar raya rugi dan macam-macam lagi. Demo UMNO adalah demo yang memperjuangkan kebenaran dan menentang kezaliman. Oleh itu, makanya demo UMNO tidak pernah ada FRU mahupun polis jalanan.

Nah, bagaimana pula demo PR? Adakah demo PR penuh kezaliman dan tidak berperjuangan?
Bukankan yang melakukan demo itu juga rakyat? Jika demo PR yang dilakukan oleh rakyat dikatakan bodoh oleh UMNO, bagaimana pula demo UMNO yang turut dijalankan oleh rakyat?
Kalau gitu, UMNO juga bodoh! Atau rakyat Malaysia sendir yang bodoh atau rakyat PR yang bodoh atau seluruh rakyat Malaysia bodoh sebab tidak pandai berdemo?
Saya sebenarnya melihat dari sisi yang lain. Suara rakyat adalah suara yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Rakyat Malaysia masih beruntung kerana tidak ditadbir perintah oleh tentera. Cuba bayangkan apakah yang akan berlaku dan terjadi jika tentera yang diamanahkan untuk menjadi kerajaan Malaysia pada hari ini?
Demo adalah lambang kebebasan setelah suara rakyat tidak diberi ruang untuk didengari. Sebagai satu 'lambang bahasa tubuh' atau ''bahasa aksi' tentunya rakyat juga tidak sebodoh itu atau sesuka hatinya mahukan demo dilakukan. Hari ini, rakyat yang rata-ratanya sudah berpendidikan dan punya akal yang waras juga dapat menentukan akan baik dan buruknya tindak tanduk mereka. Dalam perkiraan apa pun juga, demo dalaman (dalam diri) rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi. Selama ini sikap yang 'makan hati' dan 'memendam rasa' itu telah berada pada tahap yang melampau.
Entri ini hanya padangan biasa sahaja. Banyak tanggapan pro dan kontra yang boleh dihujahkan. Saya tidak kisah dengan apa juga tebakan yang mendatang. Sekurang-kurangnya saya sudah membaca pemikiran Ibnu Kaldum, saya sudah mengakrifi pemikiran Annemarie Schimmel dalam bukunya "As Through a Veil" ataupun tulisan Rosli Mokhtar (pensyarah KUIS) daripada bukunya "Kerajaan Islam Sepanyol: Serupakah Nasib Kita?".
SAJAK DEMO KEPADA DIRIKU
demo di mana-mana
demo rakyat kepada pemerintah
demo hamba kepada Tuhan
demo diri di dalam diri
demo kedamaian kerana kezalimana
demo kebebasan kerana penindasan
demo keharmonian kerana kecelaruan
demo bijaksana kerana kebodohan
demo bahagia kerana derita.
demo di mana-mana
demo di dalam diriku
menagih simpati
dari luka dan derita.
Shamsudin Othman
Kuala Lumpur.

2 ulasan:
Tuan,
Tiada terkesan satu incipun dengan berdemo mengutuk menghina AI, malah AI terus mantap seluruh 1 Malaysia (kecuali taktik teramat kotor oleh pejuang PWTC kepada AI).
AI tak perlu layan demo puak-puak itu kerana demo puak-puak PWTC itu semuanya 'halal, cerdik, pintar dan wangi', tapi demo oleh PR semuanya 'haram dan busuk sebusuknya'... biarkan puak PWTC itu berdemo tanpa arah... biarkan!
Telah aku tulis, demo yang tak perkenan polis, akan berakhir dengan huru-hara. almaklumlah, polis pun ada unit rusuhan. apa kerja mereka?
Catat Ulasan