Selasa, 4 Ogos 2009

KEMBALINYA SABAR BOHARI KE NEGERI ABADI

SAYA terima sms daripada penyair Aminhad jam 5.07 petang. Isi smsnya ialah tentang negara kita kehilangan penyair Sabar Bohari ke negeri abadi. Dia yang sudah tiga hari derita (koma) akibat konpilasi buah pinggang akhirnya menyahut panggilan Illahi juga. Insya-Allah, jenazahnya akan dikebumikan di daerah kelahirannya, iaitu Kelang.

Al-Fatihah untuknya, dan moga Allah rahmati rohnya. KEMUDI dan negara kehilanggan seorang penyair lagi.

Tengahari tadi saya juga menerima berita bahawa penyair Negeri Sembilan iaitu Darmala NS juga sedang bertarung dengan penyakit tuanya. Dia kini berada di hospital Seremban. Moga Allah memberikan hidayah dan pertunjuk terakhir kepada hidupnya. Amin.

6 ulasan:

GYC berkata...

al-fatihah ...semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...

saya mohon jasa baik saudara untuk mengambil sedutan dari blog saudara untuk saya letak didalam blog keluarga kami, ini kerana arwah ada talian persaudaraan dengan keluarga kami.

terima kasih.

Saadah Jaffar berkata...

al-Fatihah. Darmala NS juga saya kenali. Semoga cepat sembuh. Aruah Sabar banyak menulis puisi. Saya juga banyak membaca puisi dan novelnya.

dariana berkata...

inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. setiap diri akan merasai mati...

semoga almarhum diampuni dan dirahmati Allah.
Ta'ziah buat keluarga beliau...

http://keroncongdariana.blogspot.com

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam saudara Sham,

"takziah buat seluruh keluarga allahyarham Sabar Bohari".

Sabar Bohairi berkata...

:)

Ly berkata...

Assalamualaikum... Maaf sy ingin perbetulkan sedikit... Daerah kelahiran Allahyarham Sabar Bohari adalah di Sungai Besar, Selangor.. dan dikebumikan disana.