Isnin, 24 Ogos 2009

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA

KHAMIS JAM 5-7 pm di Rumah PENA, saya dan rakan-rakan (En. Saleeh, S.M. Zakir, Rahimidin Zahari, Amiruddin Ali, Saifulizan Yahaya, M. Ikhram Fadzly, Ijamala MN, Luqman Hakin, Wan Zaidah, Hasbullah, Nazmi Yaakob. M. Lutfi Ishak dan Zalila Isa) mula membuat kerja-kerja awal untuk menjadi tuan rumah kepada program Pertemuan Penyair Nusantara.

Ringkasnya, program ini merupakan program ketiga setelah diadakan di Medan (2006) dan Kendiri (2008). Kedua-duanya berlangsung di Indonesia. Melalui kesepakatan, makanya pada tahun ini Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah. Di tangan PENA, tanggungjawab ini terpaksa digalas dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, beberapa persetujuan dan penajaan perlu diperhalusi sebelum membuat ketetapan.

Pada dasarnya, daripada persetujuan awal, program ini akan berlangsung pada;

Tarikh: 20 -22 November 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Peserta : Terbuka kepada semua penyair nusantara mahupun antarbangsa.
Tema: Puisi sebagai Suara Kemanusiaan.
Penginapan: TIDAK DISEDIAKAN
Yuran Pendaftaran: RM20 (untuk antologi puisi sempena pertemuan ini).
Cadangan Pemakalah: SN A. Samad Said, Kemala, Taufiq Ismail, Jamal D. Rahman, Korie Layun Lampan, Suaratman Markasan, Jamal Tukimin, Baharuddin H.O. dll.

Kerja-kerja awal ini memerlukan komitmen yang tinggi. Pengalaman menjadi penganjur beberapa program bertaraf kebangsaan diharap dapat memberikan kekuatan kepada kami untuk terus menjayakan program Pertemuan Penyair Nusantara 2009 ini.

Program ini bolehlah diberitahu juga kepada sesiapa yang berminat. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat berkongsi pengalaman dalam usaha memartabadkan kesusasteraan Melayu.

Salam ramadan 1430H.

4 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Jangan pernah sesekali lupa akan insan kerdil di hujung tanah dan di puncak gunung ini ya...

Melihat Kesunyataan berkata...

Sham,
Saya pun...

edolah berkata...

maaf gua tak dapat turut serta hari tu... ada di PD, urusan kerja. Apa pun rencana pertemuan senusantara yg sangat bermakna.. sokongan padu untuk apa yg boleh gua bantu!

NASSURY IBRAHIM berkata...

mohon surat jemputan melalui pengarah