SALAM tanah gunung.
Tiga hari di lembah gunung Ledang benar-benar mengasyikkan. Saya seperti berada di suatu kawasan yang mahasegar dan indah. Diulit deru kali, kehijauan flaura dan kemesraan teman-teman menyebabkan saya lupa kesesakan dan keharubiruan kota Kuala Lumpur. Kata Rahimidin Zahari, "akulah Tun Mamat yang mencari cinta Puteri gunung Ledang." Kata S.M. Zakir, "fuhhh, penat gila mendaki selama 6 jam (syyhh, rahsia)?" Hehehe, saya sentiasa menguntum senyum sebab gelagat kawan2 di tanah gunung itu benar-benar menghiburkan.
Paling menarik ialah ada kolam spa terapi anak-anak ikan. Kalau orang lain rendam kaki sahaja, tapi kami bertiga rendam satu badan. Hampir sejam berendam di dalam kolam terapi itu, dengan kesegaran air dan gigitan anak-anak ikan kelah, kami menjadi segar yang luar biasa. Penat mendaki gunung hilang tiba-tiba.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Persatuan Penulis Johor (PPJ), DBP Wilayah Selatan, Perbadanan Taman Negara Johor dan Gunung Ledang yang mengusahakan eksplorasi ini. Kepada En. Amiruddin Ali, En. Rusdi, En. Azizi yang menjadi tonggak eksplorasi ini, bagaimana harus saya nyatakan terima kasih ini?
Di puncak gunung, saya sempat bermesra dengan penulis-penulis PPJ yang turut serta, antaranya ialah Shapiai Ramly, WB Rendra, Taufiq, Hamzah, Rosli Bakir dan lain-lain. Bukan main seronok mereka ini.
Malamnya, kami disajikan dengan 'Malam Deklamasi Puisi: Pengucapan Puisi Alam'. Saya sempat mendeklamasikan catatan awal yang saya judulkan "Kembali Menagih Janji". Saya turunkan sepenuhnya catatan awal sajak ini:
KEMBALI MENAGIH JANJI
Maka berceritalah Tun Sri Lanang
di dalam mahsyur Sejarah Melayunya.
Berikan kepada Puteri Gunung Ledang itu
tujuh dulang hati nyamuk
tujuh dulang hati kuman
tujuh tempayan air pinang muda
tujuh tempayan air mata anak dara
jambatan emas dan perak
dari Melaka ke puncak gunung.
Demikianlah cerita Tun Sri Lanang kepadaku
saat aku melepaskan lelah
di kolam ingatan
sambil anak-anak kelah
merawat rindu dari tubuhku.
Gunung berkabut
dingin dan renyai bersahut
nafsu seorang lelaki
yang berahi mimpinya
memuncak tapi tak kesampaian.
Inilah bijaksanamu Puteri Gunung Ledangku,
sebuah syarat menguji cinta
setia rakyat dan air mata
bukan dendam dan iri nestapa
yang kau persembahkan kepada baginda.
Aku cari cinta berharum rimba
akulah lelaki itu
kembali menagih janji
dalam setia yang tak terfikirkan.
Shamsudin Othman
Taman Lagenda,
Taman Negara Johor Gunung Ledang,
Tangkak, Johor.
1 Ogos 2009.
Tanya S.M. Zakir, "kenapa pendek sangat sajak itu?". Jawab saya spontan, "sebab pendakiannya pendek."

6 ulasan:
kanda, terasa cepat benar masa berlalu meninggalkan yang manis menjadi kenangan di puncak gunung.
Pergi daki gunung tak ajak saya pun?hehe..
Tuan,
Saya telah kumpulkan sebanyak 40-50 foto tuan serta sahabat lain ditambah foto alam dan kenderaan yang tercatat dalam program ini. Sikit masa lagi akan dikirimkan melalui e-mel tuan. Insyaallah.
Kalau ikan kecil yang digunakan di "Fish Spa" itu bukan ikan kelah tapi ikan cincin. Saya pun ada ikan ini di kolam ikan koi saya. Memang seronok bila kaki kita dicagut2 manja. Tapi bila lama2, rasa macam ada kejutan letrik yang lemah. Tapi mungkin sebab kaki dah kebas sama..
Puh!!! Zakir macam pemburu maut. takut kat nyamuk bokali
can I ask,how long you guys taken to reach the peak?
Catat Ulasan