Sabtu, 22 Ogos 2009

KE NEGERI TAUBAT

Ke Negeri Taubat

Ramadhan, aku mencari seberkas dosa yang tertinggal. Saat merawat dan membebat luka itu, aku dibawa terbang oleh sayap iman ke negeri taubat. Tetapi sebelumnya, aku sesat di dalam angin dan ketakutan. Ramadhan, kususur jalanmu dengan iman yang menipis.

Shamsudin Othman,
Madrasah Sham al-Johori
1 Ramadhan 1430H

2 ulasan:

Hasbullah Mohamed Rahman berkata...

Salam Ramadhan Kareem Tuan Haji, selamat bermukim di negeri taubat dan madrasah tarbiyah Ramadhan...

MARSLI N.O berkata...

Harap tidak lewat mengucapkan Salam Ramadhan dan membalas kunjungan. Terima kasih kerana doa kalian dan kurnia Allah juga saya sudah kembali sihat walafiat.

Marsli N.O