Jumaat, 14 Ogos 2009

TENTANG PENGHINAAN TERHADAP ISLAM


SAYA mulakan entri hari ini dengan memetik surah al-Alaq: ayat 3-4 yang maksudnya; "Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Pagi tadi seorang teman masuk ke bilik sambil marah-marah tentang pendirian Musyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Katanya bahawa musyidul am itu sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menghina Islam khususnya Nabi Muhammad saw. Saya hanya mendengar kemarahan dan kritikan itu, sambil menyelak buku "Menjadi Kekasih Allah" tulisan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (begitulah rutin saya saban hari, sampai di pejabat sekitar 7.30 pagi, saya akan membaca kitab-kitab agama sekitar 1/2 jam; kemudian baru saya melayari internet).

Sahabat saya itu menyindir dan mengherdik saya tentang perjuangan PAS. Dia menunjukkan juga akhbar harian kerpada saya. Wajah tokoh-tokoh UMNO terpampang dengan ulasan masing-masing. Saya hanya menjeling sahaja dan di dalam hati berdetik, "bilalah mamat ni nak keluar dari bilik aku?"

Tanpa ingin mengulas panjang sebab saya bukan ulamak atau bijak pandai ilmu tasawuf mahupun fiqah apatah lagi hal-hal kesufian, ada lebih baiknya saya mendiamkan diri sahaja.

Saya sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku di dalam siasah/ politik tanah air ke belakangan ini. Agama sanggup dipertaruhkan. Maruah diperalatkan. Bangsa diperkudakan. Kepercayaan dan prinsip perjuangan digadaikan. Entah apa-apa lagi selepas ini, saya sendiri tidak pasti.

Saya sentiasa berdoa agar setidak-tidaknya hal-hal duniawi itu dapat ditamatkan segera. Minggu depan Ramadhan bakal menjelma. Surau dan masjid yang dulunya sepi akan kembali meriah dan hidup. Mudah-mudahan pada saat itu, kecelaruan dan hina-nista ini dapat dikurangkan atau ditamatkan terus.

Saya teringat akan Salman Rusdie yang menghina Nabi Muhammad dan Islam suatu waktu dahulu. Novelnya yang membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia itu, kini tidak pasti. Di manakah dia sekarang ini? Adakah dia sudah berada di Malaysia dan fahamannya mula meresap di dalam pemikiran pemimpin kita? Jika ini sedang berlaku, makanya ada balak dari Allah SWT yang bakal melanda rakyat Malaysia. Sudah bersediakah kita dengan dugaan itu?

Ya Hayyum Ya Qayyum, selamatkan aku daripada kemunafikan ini.

3 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Tuan Haji,
kadang-kadang malas membaca berita politik kita. Adakalanya sengal.

dariana berkata...

salam ramadhan kareem. sama ada sengaja atau tidak kita tidak tahu kadang2 sajak yang hanya beberapa baris dan perenggan pihak akbar tidak menyiarkan sepertima teks asal yg kita hantar. ana pernah menaggung rasa dari apa yg terjadi itu.

fenomena politik juga begitu atau lebih berat. apa yang sebenar, banyak tidak disiarkan. tapi demi mencari luang menjatuh seseorang; banyak pula kata-bicaranya ditakwalkan. yang diucap lagu lain tapi disiarkan lagu lain. jumlah hadirin dalam demo 20,000 dinyatakan 5-6000 saja...kenapa ya?
perihal TGNA merangkap MB kelantan kata dengan nada slanga orang kelantan " baik DAP hina Islam kerana mereka memang dah kafir (musuh Islam)berbanding orang yg dah Islam tetapi menghina dan menolak (hukum2) Islam." hati kita lebih sakit dengan org Islam yg menghina Islam. contoh lagi kalau kafir minum arak, biaq pi lah, tapi kalau saudara seIslam minum... tentu lebih sakit hati dari segi mantiq dan batinnyanya. maaf... clash di antara juhala dan ulama akan berpanjangan hingga bila2... maaf wassalam.
http://tamupulaumelaka.blogspot.com
http://keroncongdariana.blogspot.com

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Saudaraku Shamsuddin,
Saya lebih gembira mengucapkan tahniah kepada wirawan saudara - menumbangkan Liverpool 2-1 malam tadi - daripada membicarakan tentang politik kita hari ini. Tetapi tidaklah bermakna patriotisme saya sebagai orang muda jatuh (seperti yang didakwa oleh Bekas Pie Eim semalam).

Salam Ramadan. :)