Isnin, 10 Ogos 2009

CERITA DARI KOTA BANDUNG


Gambar: Di Bandara Husein Sastranegara (Saya, S.M. Zakir dan En. M. Saleeh Rahamad)

Perjalanan ke Bandung pada 5 Ogos 2009-8 Ogos 2009 kali ini banyak seronoknya.

Saat menjejaki tanah Bandung, saya mendengar khabar Mbah Surip seorang penyanyi jalanan yang terkenal dengan lagu "Tak Gendong" telah kembali menemui Illahi. Esoknya, 6 Ogos 2009, saya mendengar khabar daripada TVRI bahawa penyair terkenal Indonesia iaitu WS Rendra turut kembali menemui yang abadi. Kehilangan kedua-dua mereka ini menjadi sosot utama media tv Indonesia. Beberapa rancangan khas memperkatakan mereka berdua berlangsung berjam-jam lamanya dan berhari-hari. Lalu, apa yang terbetik di hati kecil saya ialah, "lihatlah bagaimana Indonesia menghargai seniman mereka?" Di akhbar seperti Kompas dan Tempo, berita kehilangan ini menjadi tajuk besar dan utama. Dengan berita "Si Burung Merak Terbang Jauh dan Tak Akan Kembali" menjadi paparan Kompas tanggal 7 Ogos 2009, berhias lukisan sketch alm. Rendra dan serangkap puisinya, saya mengambil keputusan untuk membawa pulang akhbar itu.

Tanggal 8 Ogos pula, berita kematian Nordin Mat Top, seorang teroris meledak dan menjadi topik perbualan media Indonesia. Dia dikhabarkan terbunuh oleh serangan pihak polis Indonesia. Nordin Mat Top dikatakan meletupkan dirinya sendiri setelah peristiwa pengepungan rumah dan permintaan menyerah diri tidak diendahkan. Itu cerita akhbar dan media TVRI selama saya di tanah Bandung.

Saya bersama-sama teman menjadi sang gelandangan selama 4 hari. Kami ke Cibaduyut mencari bahan-bahan kulit; ke Jalan Riau mencari pakaian berjenama; ke Cihampelas menjejaki hari-hari malam; ke Pasar Baru mencari busana muslimah dan ke Palasari mencari buku-buku. Berjalan dan sesekali menaiki angkut di dalam kesesakan kota Bandung benar-benar menghiburkan kerana kami terlupa (buat-buat lupa) apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur. Saya melihat bagaimana seni alamiah di tangan mereka dimanfaatkan. Memetik kecapi, gitar tong sambil bernyanyi di pintu angkut dan jalanan menjadikan mereka seniman alami.

Yang indahnya.... syyyyhh, rakan saya membeli dua helai alas kaki untuk oleh-oleh isterinya. Bertapa mulianya hati kawan saya itu.

Sebelum pulang, di bandara (bandar udara/ airport) Bandung, kami ditemukan dengan seorang mahasiswi sastera daripada Universiti Pendidikan Indonesia (UPI). Dia yang terdidik dalam bidang teater (anak didik Ken Zuraida, isteri alm. Rendra) bercerita dengan penuh semangat tentang nasib dan perjuangan dunia sastera Bandung. Katanya, "kami anak-anak Sunda adalah pencetus tradisi kesenian Indonesia."

BANDUNG TANAH PARIS VAN JAVA

Menjejakimu dengan berita duka
kehilangan Mbah Surip dan Bung Rendra
mengingatkan aku kepada seniman dan sasterawan negara
yang masih merempat di dalam diri
meski seluruh bakti tak terperi.

Kau membawa kenanganku ke tanah Paris
luhur akal bahasa
memimpin jalan
sopan tutur budi
meruntun hati.

Tidak juga selalunya,
aku menjadi lebih mengerti
antara Sunda dan Betawi
mentafsir lembut dalam berani
seni yang alami.

Shamsudin Othman
Bandung, Indonesia.
5-8 Ogos 2009.

6 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Patutlah tiada sudinya untuk ke Pulau Pisang rupanya ke Bandung, hehehe....
Indah negeri orang namun tanah pulau sendiri harus ditinjau jaga juga, menarik ke Pulau Pisang semalam (9 Ogos 2009) tapi jika tuan bersama rakan lain ada juga bertambah menarik rasanya...

S.M. Zakir berkata...

ngapa tidak dimasukkan foto Dewinya Pak. Tapi ada dialog Bujang Lapok yang saya sudah ubahsuai di sini pak, "Waduh, kusangka Sudin tapi rupanya Ramlie."

ada kawan yang diam-diam sudah mengeposkan smsnya ke Bandung tanpa perlu ke Semarang...

Sham al-Johori berkata...

Salam Pak Zakir,
Wah duh! Kusangka panas hingga ke malam rupannya hujan sebelah petang.
hehehe.

saleeh rahamad berkata...

1. makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap jis (dialog bujang lapok). nanti aku lepuk...

Sham al-Johori berkata...

Dialog pak Mustar,
sudinnnnn, angkat kain di jemuran. hari nak hujan...

Tanpa Nama berkata...

Kiranya gambar di atas itu, dari kanan, Ramlee, Aziz dan Sudin lah ye. Dan Ramlee lah yang dapat cikgu Murni??