Khamis, 24 Jun 2010

BOLA SEPAK: SENI YANG HILANG

Waktu aku bermain bola dulu, apa yang ada di dalam kepala otak ialah aku memikirkan seni bola sepak dan persembahan yang menghiburkan. Soal jaringan adalah soal ke-100. Hantaran dan kawalan bola di hujung kaki, lutut, dada dan kepala adalah pertaruhan paling membahagiakan. Sepatutnya itulah yang berada dalam mentaliti pemain bola piala dunia 2010 ni. Bagi aku, 32 pasukan yang layat bermain kali ini adalah wira bagi benua yang mereka wakili. Pasukan mereka sudah boleh bergelar juara. Amerika Selatan hanya pentas terbaik untuk pemain-pemain bola ini menunjukkan seni bola sepak yang sebenarnya. Amerika Selatan sepatutnya menjadi padang tempat kita berfikir siapakah yang boleh menjadi pengganti kepada Pele, Maradona, Rossi, Kevin, Zico, Rumineger, Eric Cantona, Dino Zoff, Peter Shilton dan lain-lain lagenda bola sepak dunia. Bagi aku Amerika Selatan bukan pentas tempat memburu seketul emas yang berharga 30 juta itu tetapi lebih daripada itu ialah pentas tempat menentukan harga diri mereka selepas ini. Adakah Jemain Defoe (wira SPURS) akan berharga RM500K setelah berjaya menyelamatkan maruah England yang terumbang ambing di hujung tanduk itu? Bagaimana denghan harga diri Ronaldo, Lampard, Ronney atau lain-lainnya selepas ini? Dua minggu piala dunia berlangsung, aku masih tidak dapat menyaksikan satu persembahan yang menghiburkan apatah lagi berkira-kira untuk meletakkan harga kepada pemain-pemain hebat 2010 itu. Mereka telah menjadi hamba bola. Sepatutnya, dengan bola itulah mereka bola membina sebuah kesenian permainan; mengelecek, mengawal, menimbang, menghantar, berlari, menanduk dan seterusnya membuat rembatan kencang hingga menggegarkan jaring gol lawan. Saat itu, menjerit "golllll!" adalah jeritan yang terasa nikmat menusuk ke jantung. Ini tidak, melihat mutu jaringan pun macam tidak masuk akal.

Hingga kini aku masih belum dapat melihat pemain bola yang betul-betul menghiburkan kecuali penjaga gol Nageria. Tetapi apabila judi bola sudah dihalalkan, susahlah. Semua pemain asyik memikirkan jaringan hingga seni bola sepak musnah.

ii
Yang penting, pasal bola, tesis PhD aku tergantung lagi. Bahana betullah piala dunia ni. Aku juga yang jadi mangsa. Kerana 4 tahun sekali; kerja rutin jadi tertangguh. Setiap malam selepas berita jam 8, hajat hati nak menulis tapi tak boleh sebab jiran tetangga dan sms kawan-kawan masuk ke telinga mengganggu. Hati jadi tidak tenteram. Jiwa mula kacau. Apa lagi, aku angkat bantal duduk aja depan TV. Layannnnnn!

Hehehehehe. Syeikh Rahimidin tak tengok bola sebab dia tengah menulis novel.

4 ulasan:

benuasuluk berkata...

ceh salahkan kawan-kawan sms pula. Masalahnya yang mula-mula dulu hantar sms menyucuk kawan dia juga hehehe. Tuan haji 2nd round jom kita berjudi kehkehkeh jom buka meja

S.M. Zakir berkata...

set, 2nd round kita buka meja... taruhannya macam lagu daud kilau satu ringgit dua ringggi tiga ringgit... wooo

defoe tu sebiji tu la sepanjang piala dunia ni.. tak caya tengok la biasa la spurs hangat2 tahi ayam wakakaka

Rahimidin Z berkata...

Syeikh, tak tengok bola sebab hukum tengok bola adalah HARAM.Huraian keharaman bola akan diberikan kemudian.)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Bila lagi Malaysia mahu ke Piala Dunia (kecuali dapat jadi pengadil simpanan @ pengadil keempat sahaja...)?
Kemungkinan besar Malaysia kecundang kepada Timor Leste, Filipina, Kemboja, Brunei pula sebelum dapat menyertai Piala Dunia...?