Perlukan saya menulis secara serius?
Sebelum saya menjawab pertanyaan ini, saya ini memberi sedikit reaksi daripada beberapa pertemuan dengan rakan-rakan akrab yang sentiasa berada dalam lingkaran kesetiaan dan perjuangan yang sama.
Membaca blog dan facebook rakan-rakan tentang karenah dan harapan yang tinggi untuk menerbitkan buku, menulis novel, menulis kritikan, cerpen atau puisi; saya terasa kerdil dalam dunia penulisan yang tidak berbatas sempadan dan ruang. Meskipun saya cuba menyusup dengan sajak-sajak spontan yang naif/ daif (ditulis dalam masa dua tiga minit) kemudian diposkan sebagai entri ke dalam blog 'Tanah Nurani', tetapi itu tidak dapat menandingi idea-idea rakan seperjuangan. Sesekali, saya ketawa sendirian dan terkedu seketika apabila ada rakan yang mengakui dirinya bukan sarjana tetapi 'sarjan' yang lebih suka meninjau dan berperang (baca macam cerita 'Combat' era 70-an), ada juga yang sudah bergelar editor tetapi memencilkan diri dan bermacam titik-bengik lagi yang terungkap secara sinikal tetapi ikhlas. Ada juga yang berfalsafah hingga tidak terjangkau mimpi dan ada juga yang mula mengumpul nostalgia kerana diburu usia atau kenangan indah.
Saya akui bahawa untuk menjadi penulis yang baik bukannya mudah. Sejenak berfikir dan merenung ke dalam diri, saya perlu akui bahawa negara kita kekurangan pemikir seperti Naquib, Affandi Hassan, Shahnon Ahmad, Hassan Ahmad, Hossein Nasr, Ismail Faruqi, (sejumlah pemikir yang dekat dalam bidang sastera dan budaya Melayu) atau pemikir lain yang lebih bersikap terbuka tentang agama, politik dan ekonomi. Saya tidak berniat untuk menyebut nama-nama mereka satu persatu kerana bimbang saya akan tersungkur jika saya tidak memanfaat ilmu mereka suatu hari nanti.
Benar juga kata kawan saya bahawa sarjana hari ini hanya pandai 'copy and paste' apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bidang mereka. Saya akui kebenarannya kerana saya yang bukan sarjana atau apa-apa ini tetapi berkerja di menara gading mula terasa bahangnya. Bayangkan, pemikiran apakah yang asli jika mereka terpaksa berkerja untuk mengejar KPI dalam bentuk ISI jurnal yang terpaksa akur dengan pemikiran Barat. Ketua di mana-mana menara gading hari ini terlalu mengejar gelaran dan pangkat sehingga sanggup mengorbankan maruah dan kejujuran. Barat yang tidak suka dikritik akhirnya tidak mengakui kejujuran dan keaslian pemikiran tempatan. Akhirnya bagi tujuan KPI itu, para sarjana tempatan terpaksa 'copy and paste' apa-apa yang ditelurkan oleh tokoh Barat. Mereka menjadi penjilat dan penjaja 'pemikiran Barat' yang entah apa-apa itu jika diukur daripada prinsip 'pencerahan ilmu' mahupun mauduk al-ilm seperti yang digagaskan oleh Al-Ghazali dan dipermudahkan oleh Naquib sebagai sanat juzuk ilmu dan pemaknaan 'hakikat insan'.
Ketika saya mengikuti kuliah syeikh al-Maliki, beliau menjelaskan dengan lantang bahawa pentauliahan dan meletakkan status PhD., sarjana, ijazah sarjana muda, diploma dan sijil seperti yang berlaku pada hari ini adalah mencontohi perangai yahudi. Yahudilah yang membina kerangka perbezaan itu hingga akhirnya menafikan hak keilmuan para rasul, para sahabat, tabik-tabiin, ulamak dan perawi kesyumulan Islam. Yahudilah yang mencipta pendewaan PhD dan yahudilah yang sedang mencaturkan KPI di dalam sistem pentadbiran dan pentaulihan ilmu manusia moden hari ini hingga sesiapa yang tiada status PhD., makanya seseorang itu bukan pakar, bodoh atau tidak berilmu. Inilah sifat yahudi yang sedang meresap, menjalar dan membiak di dalam sistem keilmuan Malaysia.
Hakikat sarjana sebagai pewaris ilmu di muka bumi Malaysia ini saya lihat tidak segah mana termasuklah diri saya yang tergolong di dalam kancah 'konon-konon sarjana' (sebab bertugas di menara gading) ini. Kebebasan untuk menelurkan idea baharu sering ditindas (tertutup, terikat dan tiada kebebasan) kerana dikatakan tidak mematuhi kapesiti/ merit/ sistem yang telah ditetapkan kolonial. Hal-hal beginilah yang melemaskan dan membuatkan saya sentiasa makan hati. Itu sebab, jika ada rakan-rakan yang bercakap tentang 'merdeka' dan 'pembebasan Palestina' saya akan marah-marah kerana bangsa dan negara kita masih belum menikmati erti kata 'merdeka' dan 'kebebasan' yang sebenarnya.
Oleh itu, bagi menjawab pertanyaan, perlukan saya menulis secara serius? itu; jawapannya, saya perlu melihat ke dalam diri saya sendiri. Untuk apa saya 'copy and paste' jika jiwa dan raga saya masih terikat oleh pemikiran kolonial. Untuk apa saya menulis jika tulisan-tulisan itu akhirnya tidak diterbitkan, malah terpaksa dibakulsampahkan kerana tidak mengapu/ menjilat Barat. Saya sudah menyiapkan 3 jurnal yang sudahpun melalui proses persetujuan penerbitan oleh penerbit antarabangsa yang diuruskan oleh AJK penerbitan jurnal ISI peringkat universiti tetapi akhirnya terpaksa ditolak kerana saya tidak sanggup mengubah atau mengikut kehendak editor jurnal yang bernaung di London itu. Dan kerana itu, KPI saya untuk tahun 2009 yang lepas amat menyedihkan sekali.
Begitulah nasib sarjana tempatan yang tidak dapat lari daripada budaya 'copy and paste' kerana kebebasan mereka menulis, berkreatif dan menelurkan ilmu tidak mendapat pengiktirafan daripada bangsa mereka sendiri. Pemikir Melayu dahulu berada di dalam ruang dan sisi yang lain kerana penulisan mereka tidak terikat oleh ISI atau KPI. Mereka bebas menelurkan idea-idea yang hebat dan setersunya disebarluaskan secara terbuka dengan bantuan seminar dan media. Hari ini, menulis dan bercakap dengan gagasan yang bersifat jati diri dan berprinsip akan dituduh resis, pembangkang atau pengkhianat bangsa dan negara. Inilah yang disebut Edward W. Said dalam bukunya 'Culture dan Imperialism' (rujuk bab 4 di bawah tajuk 'Free from Power and Future') yang dengan terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa kemerdekaan tidak akan lahir di dalam negara yang takut untuk mempertahankan pemikiran bangsanya. Dan, bertanyalah kepada diri kita sendiri, sudah merdekakah bangsa Melayu?
Selepas ini, saya akan terus menulis kerana saya degil. Saya adalah saya yang tiada apa-apa kecuali fitrah dan kurdat empat kerat yang sementara sahaja sifatnya itu.
AL-KALAM
Aku rindu
segugus jernih akal
untuk kutulis
bahasa cinta
dan kebesaran-Mu
aku rindu
sepasang sayap ababil
untuk kuterbang
menyusur ilmu
tak bersempadan
jarak dan waktu
aku rindu
sepasang kaki tizi
untuk kujelajah
luas panorama
Akulah kalam
setia mencakar
bahagian dan derita
di atas kertas hidup
yang sepi dan terasing.
Akulah tembusu nusantara
sebatang kalam
akarku menyelirat ke tanah
pucukku mengapai ke langit
di dadaku
duka dan tawa bertemu
dalam
subur yang mendewasa.
SHAMSUDIN OTHMAN
Madrasah Sham al-Johori.

6 ulasan:
Syeikh,
tak boleh nak baca sebak. Sebak.
salam Tuan Haji Shamsuddin
entri yang menarik amat; teruskan berkarya walaupun tidak mencapai piawan dan kehendak KPI kerana tugas menulis adalah ibadah seorang khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini!
kepada KPI dan ISI, saya ucapkan "Peduli apa akuu!" aku nak kerja cari makan cukuplah. Jangan risaulah.buat saja yang termampu.
hehehhh..aku sengih jer baca. hj jadi penyair ajer la seperti dlm pengenalan blog haji tu. aku keja pun tak pakai sgt ilmu sarjana muda aku dulu. byk belajar sendiri ngan pengalaman semasa bekerja.
Anggaplah karya kita sebagai catatan diari, pada suatu masa, diari itu akan sangat berguna.
jadi sarjan saja la tuan aji, boleh buat keja ricky2 tempat sulit dan gelap keh keh
oo falsafoh pulok nasury, diari tupun hok yahudi cipta jugok.. komputer.. mesin cetak semua yahudi buat.. demo nak buat gapo.. buat jerat jah la.. kita gi racik burung.. jange ikut rahimidin, dia jerat burung di klcc dan midvalley
Catat Ulasan