Jumaat, 4 Jun 2010

PERCAKAPAN KEPADA LAKNATUL-ALLAH ISRAEL+YAHUDI 2

JUMAAT DI MASJID JAMEK SERDANG LAMA

Khatib jumaat tadi pun melepaskan amarahnya
dengan tangis dan suara hiba
mengungkap sejarah menyusun doa
membawa fikirku ke negeri ambia

Palestin dan Masjidil Aqsa
dunia bergegar oleh rintih sedihmu
setelah beralih arah kiblat
dan detik hijrah israq mihraj
tanah itu kini
terbakar oleh kegilaan nafsu

Inilah sejarah bangsa
rakus dan lapar
meratah tanah, darah dan air mata

ii

Kepada Engkau yang Esa
dan rahmat Muhammad
kembalikan tanah ambia
kepada kami
pencinta damai
iman dan takwa.

Shamsudin Othman
Masjid Jamek Serdang Lama.


1 ulasan:

S.M. Zakir berkata...

tulih sajak bahasa Melayu mana Yahudi nak paham tulih la bahasa inggeris ka bahasa ibrani ka.. ayo yo tuan aji ini sajak kasi tulih bahasa yahudi buleh paham la post kat blog netanyahu (orang klate sebut 'nate yahu (di)')