(sdg melontar bola kpd tekong)
gambar tahun 1978
(Team kg Sri Makmur (anakbiaklos [akronim nama teman2] takraw team: Rambut afro berdiri no 3 dari kiri itulah allahyarham Samad Lefthanded. Aku tentunya yg paling kecillah. Jersey cap Forest)
Terbuka Umno Batu Uban (1995). Tidak menamatkan perlawanan akhir dan diistiharkan tewas sebab bengang dgn penganjur yang tak adil. hehehehe
AKHIRNYA, setelah berjaya menghubungi teman-teman sekampung, sekelas dan sekuliah dulu-dulu, maka gambar-gambar zaman melibas saya ini saya dapat kembali. Atas ikhsan teman yang mengemailkan gambar-gambar ini khususnya Man Tobeng, Mat Kiok, Din Tongkat, dan Atan Kuda, saya ucapkan terima kasih.
Bilalah agaknya kita boleh bersatu kembali dan lawan mana-mana team yang hebat macam team Chemor Inn ke atau Bangi Garden ke atau tak kisahlah mana-mana team yang berani.
Bila aku terima gambar itu daripada rakan-rakan sepermainan itu, nostalgia dan kenangan bersimpang siur dalam fikiran. Hai, zaman tu macam tak takut mati rasanya. Pantang dengan ada kejohahan terbuka, sanggup kayuh basikal 30 batu untuk menyertainya. Waktu itu bukan kira menang atau kalah; yang penting fikir nak melibas aja.
Hai, nasib baiklah aku tak mati kena libas. Sekarang ni melibas lain ajalah....
2 ulasan:
mahu gambar zaman uda dan dara mengungsi diri di daerah kota tinggi.
:-)
fuyoo lipat bang jangan tak lipat, kecik-kecik lagi dah main liga umno.. Hidup umno dulu kini dan selamanya wakakaka (gelak cara luqman)
Catat Ulasan