Selasa, 22 Jun 2010

KISAH HARI INI: 22 Jun 2010

i
JI

Waktu semua orang bercakap pasal bola, tiba-tiba hari ini tanpa ribut taufan aku menerima panggilan telefon daripada majikan. Sekitar jam 8.16 pagi saat sedang berkira-kira hendak memulakan penulisan Phd, telefon pejabat berdering. Segera mengangkat ganggang dan mendengar salam, sang pemanggil memperkenalkan diri. Katanya wakil majikan dan sekadar ingin bertanya untuk mendapatkan sedikit maklumat. Cerita punya cerita, terkeluarlah pertanyaan daripada mulutnya.

"Maaf tuan haji, mungkin pertanyaan ini menyentuh soal peribadi sedikit. Harapnya tuan haji boleh memberikan kerjasama."
"Ya, kenapa?" tanya saya pendek.
"Daripada rekod kami, tuan haji kerap ke luar negara. Tahun ni sahaja 3 kali ke Indonesia, sekali ke Singapura, sekali ke Sedney dan sekali ke Sarawak. Bulan julai ni pula tuan haji akan ke Brunei. Tuan haji ada urusan apa?"
"Bukankah setiap perjalanan saya itu saya jelaskan tujuan dan telah diberi kebenaran? Apa masalahnya?"
"Pihak kami cuma ingin memastikan bahawa tiada seorangpun kaki tangan kami yang terlibat dalam gerakan JI. Itu sahaja."
"Oh, jadinya saya ni anggota JIlah?" Saya cuba mengaku dalam tebakan berpeluru kata-kata.
"Bukan macam tu. Kami tidak menuduh, cuma ingin mendapatkan maklumat dan kerjasama. Terima kasih tuan haji."

Nah, seorang manusia macam aku yang pernah menerima latihan ketenteraan (jadi anggota kadet tentera selama 10 tahun dan pernah menjadi pelapes (tapi berhenti)) itu dikatakan terlibat dengan JI? Aneh! Mentang-mentanglah aku pernah dan mahir menggunakan M16, LMG dan raffel automatik, makanya aku disyaki ahli kumpulan itu. Ini tuduhan melampau.

Dulu, sewaktu aku mula-mula berkerja di sini (lebih kurang 2 tahun), aku dituduh sebagai manusia bernama 'Dinsman' iaitu sasterawan dan aktivis budaya reformasi yang popular itu. Pelek, pelek, pelek. Hai, entahlah.

Bila aku fikir-fikir balik, nampaknya segala gerak-geri aku di sini sedang diperhatikan dan diawasi.

Hei, tak ada kerja lain betullah.

ii
Penjara Pudu dirobohkan

Bangunan bertarikh 1891 akhirnya dirobohkan pada malam 21 Jun 2010. Bangunan berusia 119 tahun itu akhirnya rebah ke bumi dengan alasan pembangunan, iaitu meluaskan jalan untuk mengatasi kesesakan Kuala Lumpur.

Menurut Awang (menteri Melayu-Islam yang menghalalkan judi bola) tu, bangunan ini tidak ada makna warisan dan seni bina kepada tamadun bangsa dan negara. Katanya, "penjara adalah tempat orang jahat dan tidak bermakna apa-apa. Tak guna dikekalkan dan diingatkan."

Fuh, begitulah apabila orang kaya dan tidak bertamadun dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesenian atau warisan berfikir. Di dalam kepala otak dia hanya fikir duit, duit, duit dan kaya, kaya, kaya, kaya sahaja. Cuba-cubalah berfikir bagaimana pencinta seni bina berfikir atau berfikir dengan menggunakan fikiran orang seni. Meruntuhkan memang senang; panggil sahaja jentera-jentera canggih, sekelip mata bangunan itu boleh dihancurkan.

Saya teringat akan pesanan pensyarah saya ketika saya bergelar mahasiswa universiti Malaya dulu; pensyarah itu ada menyebutkan, "inilah mentaliti menteri-menteri kita. Katanya dah berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Tetapi apabila tindakan telah diambil, mereka menyesal." Itu kata bekas pensyarah saya yang kini telah bergelar YB pihak kerajaan.

Saya menimbulkan isu penjara pudu ini kerana saya teringat ketika saya berada di Istanbul, Turki suatu ketika dulu. Penjara yang terletak di tengah-tengah Istanbul, berhadapan dengan Masjid Biru dan lebih kurang 150 meter daripada St. Sophia Museum ke Universiti of Istanbul, di situlah terletaknya penjara peninggalakan Kamal Ataturk. Penjara itu hari ini sudah menjadi pusat jualan bunga dan kraftangan. Penjara yang pernah menjadi tempat penginapan orang jahat, pengganas, perogol, penjenayah, pembunuh itu kini berubah menjadi salah satu tempat pelancongan popular di Istanbul. Bangunannya yang unik turut menjadi perhatian para pencinta seni bina dunia.

Sepatutnya, penjara pudu yang terletak bersebelahan dengan banguan Time Square itu boleh diubah suai dengan mengekalkan seni bina asal menjadi;

1. gelanggang futsal terbesar di dunia
2. perhentian bas kota raya (one stop center) terbesar di dunia
3. pusat seni terindah di dunia
4. taman permainan terbuka/ kawasan riadah tersegar di dunia
5. kawasan meletak kenderaan awam tercanggih di dunia
6. pusat kebudayaan terbaik di dunia
7. pusat khidmat masyarakat tercanggih di dunia
8. atau lain-lain yang terhebat di dunia.

Saya bercakap begini kerana saya tidak mahu melihat anak cucu-cicit saya akan menjadi seorang yang buta sejarah terhadap negaranya sendiri. Sudahlah kita kehilangan Pulau Batu Puteh, Blok L dan M di Limbang. Apakah kita akan kehilangan bangunan/ monumen seni bina unik lagi bersejarah. Saya faham maksud istilah 'warisan' kerana ramai kawan-kawan saya yang berkerja di bawah kementerian ini. Kawan-kawan saya ini boleh mengajar saya sekirannya saya salah. Tetapi saya melihat makna ' warisan' dan 'sejarah' adalah saling berkait dalam hubungan sebuah negara bangsa yang bertamadun. Kerana saya faham dan cintakan keindahan warisanlah makanya saya menulis entri ini.

Di tengah-tengah bandar raya bernama Kuala Lumpur, rupa-rupa kerakusan manusia mengatasi kebijaksanaan. Selepas ini, kita akan sama-sama menyaksikan pula tanah Kampung Baru dibidak-bidakkan hingga menjadi mangsa yang sama seperti mana bangunan penjara pudu ini.

Marilah kita tunggu dan lihat.

iii
Gambar lama

Minggu depan saya nak balik kampung. Saya nak singgah sekolah lama saya untuk saya cari gambar-gambar lama ketika mewakil sekolah, daerah dan negeri dalam pertandingan sepak takraw, bola sepak dan olahraga. Gambar-gambar itu akan saya scan untuk dimuat turun ke dalam blog ini. Cerita tentang kehebatan gambar-gambar itu akan dikisahkan secara literari kalau gambar itu atau buktinya ada. Kalau gambar tak ada nak buat macam mana, nak cerita pun kawan-kawan tak percaya. Buat penat taip aja tapi orang tak percaya. Hehehehehehe.

7 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Shamsuddin,
Saya tidak hairan suatu hari nanti bila Shamsuddin beli parang untuk ke kebun pun mereka tanya nak buat apa?

saleeh rahamad berkata...

Kalau tak jumpa gambar tu, buat je superimpose. Kawan nak percsya ke tak ke pedulikan. Tengok kawan kita pak zakir, dia tiba-tiba muncul dalam gambar demonstrasi PPSMI. Kerja sapa tu? FBI ke KGB ke

Tanpa Nama berkata...

Kes "Dinsman" kerana nama yg serupa. Kes JI, tak salah jika majikan bertanya dahulu sebelum mereka didatangi KDN. Bukan menuduh tapi sekadar utk memastikan sahaja. Itu kewajipan sebagai majikan. Susah jadi majikan ni. Setiap langkah disangka buruk oleh anak buah.

edolah berkata...

betullah tu..
tn haji kita byk ke luar negara (terutamanya seberang nusantara) kerana dia JI..Jemaah Isteri..hahaha

S.M. Zakir berkata...

tuan aji setakat kadet sekolah tak yah le nak jadi JI, jadi jebon bolehla kah kah

Scan tuan aji jangan tak scan tunjuk pada paolo rossi yang menjuarai piala dunia chemor tu, kat sg makmur ada seorang top scorer lagi, (score apa tak tau le he he)

Luqman Hakim QA berkata...

kalau dah kena cop kiri akan terus dianggap kiri. lain kali cakap la pi indonesia sebab ada cawangan, singapura saje makan angin, ke sarawak nak cari aku..wakakakaa

NASSURY IBRAHIM berkata...

Memang bos kau buta mata buta hati buta akal. Makan tahi lembut. Errr ... Siapa nama?