Khamis, 17 Jun 2010

J+U+D+I+B+O+L+A = UMNO + HALAL




BEBERAPA hari ini, saya tidak boleh menulis dan berfikir dengan waras. Kepala sakit yang amat sangat. Saya juga telah berjumpa doktor dan katanya stress. Justeru, saya mengambil keputusan menonton bola sepak semahu-mahunya (walaupun marah dengan judi bola). Cerita pasal bola, saya sokong negara komunis dan tentunya Korea. Macam yang saya smskan kepada sahabat saya di negeri 'benuasuluk', "korea ni kalau ada korea timur, korea barat, korea tenggara atau korea timur laut, pasti akan turut melayakkan diri ke wouldcup." Begitulah hebatnya negara bernama Korea yang suatu waktu dahulu menjadi pasukan belasahan Malaysia. Tidak sampai 3o tahun, pasukan itu berjaya mencipta nama di persada bola sepak dunia.

Bola sepak Malaysia ini sebenarnya sama sahaja nasibnya dengan sukan lain seperti badminton dan hoki. Cuma kedua-dua sukan ini rasuahnya belum meletup sahaja. Bola sepak pernah mencatat sejarah apabila ramai pemain hebat negara terlibat hingga melumpuhkan suasana kegemilangan sukan ini. Baharu-baharu ini bekas ketua pasukan Kedah iaitu Radhi Mat Din membuat pengakuan di pentas PAS bahawa rasuah bola sepak sudah lama berlaku dan mendapat restu kepimpinan negara. Itulah sukan bola sepak, pemainnya tak pernah baca buku Syed Hussein tentang rasuah. Bagi mereka pemain bola sepak tak perlu membaca dan mengetahui amalan yang baik-baik. Pemain bola hanya perlu memberikan tumpuan pada bola, padang dan uniform (jersey). Buang masa sahaja membaca; lebih baik makan bola, tidur bola, main bola dan judi bola. Akhirnya, seni bola sepaknya pun entah ke mana. Berjam-jam duduk menonton bola, kita masih belum nampak kelibat seorang tokoh bola macam Pele atau Mokhtar Dahari. Hai, bola, bola, bola....

Entahlah. Nak tulis pun tak ada mood. Sakit kepala, gua cakap lu.........boleh jahanamlah kau bola!

3 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

ini bukti, dalam pemikiran pemimpin Melayu, agama kalah kepada ekonomi. Islam ape bende?

S.M. Zakir berkata...

semua dah kalah bukan ekonomi, tapi kapitalis, tengok berapa banyak saluran tv smua nganga tak berani siar siaran langsung bola sebab astro nak pulun buat duit gila2. tengok macamana astro monopoli, mesti ada kowtin dengan pemimpin2 yang kita sayangi tu

pembetulan bang, buku rasuah syed hussein tulih bukan syed naquib, nanti marah lut bagi fakta silap he he

benuasuluk berkata...

oitt ni apa ni sebut bola je sebut nama saya dalam blog; macam saya pula taiko judi bola kehkehkeh