Selasa, 20 Mac 2007

Membaca Musim Hujan

SYUKUR, musim hujan datang lagi. Musim ini bakal memberikan air kepada kegersangan tanah. Air akan menyejukkan keadaan alam yang panas dan tegang. Malah air akan menjadikan alam kian indah. Bayangkan kalau tanpa air hujan, maka tiada pelangi. Bayangkan kalau tiada hujan, sungai akan kering atau keruh. Bayangkan juga, kalau tiada hujan, apa akan jadi kepada tumbuh-tumbuhan yang melata di bumi?

Inilah kebesaran Allah. Allah ciptaan air untuk pohon membesar, berbunga dan berbuah.

ii
Malah kerana setitis air juga, seorang isteri akan hamil. Inilah rahmat dan kebesaran ciptaan Allah.

Selamat datang kepada orang baharu yang bakal lahir daripada air dan doa suci ayah bonda. Selamat juga menjadi adiputra yang cemerlang di sisi Allah dan masyarakat buana.
Amin...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ttg air.

wah, isteri tuan haji bunting lagi ke?

tahniah!

Unknown berkata...

salam.

Semalam saya di balkoni melihat hujan yang turun. Terimbas silam di mana saya bermain hujan bersama rakan-rakan yang kini entah di mana...

Akhirnya dalam pukul 1.20 pagi saya turun dan...alhamdullillah tidak demam setelah terubat kerinduan bermain hujan...

Tahniah buat "insan baharu"!