SEMALAM aku menerima panggilan telefon daripada rakan yang mengikuti Kongres Permuafakatan Melayu pada 2-4 Mei 2008 di Johor Bahru seterusnya berjaya menubhkan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM/ 4M). Tahniah atas usaha anda itu. Tetapi yang pedihnya dia kata aku penakut sebab tak nampak batang hidung dan aku dikatakan 'talam dua muka' atau 'gunting dalam lipatan'. Aku dikatakan juga tidak menyokong perjuangan Melayu dan macam-macam tuduhan melulunya. Aku diam dan terima dengan dada terbuka. Mengiyakan tidak; menafikannya juga tidak.
Beginilah sahabatku,
Aku mungkin akan kalut jika berfikiran begini atau begitu tetapi kau fikirkan? Beberapa pertanyaan perlu kau jawab terlebih dahulu?
PERTAMA:
Adakah Melayu berpecah seperti yang diwar-warkan media hari ini? - Setahu aku yang pecah menanti hancur ialah melayu dalam UMNO. Bukankah mereka yang kita lihat sekarang ini sedang berperang sesama sendiri. Adakah ini jawapan kepada Melayu yang sudah kehilangan jati diri atau apa?
Di parlimen, Melayu masih menguasai. Lihat sahaja wakil PAS, UMNO dan PKR. Apa masalahnya? Kita lihat Melayu dalam PAS dan PKR. Mereka ini bangsat sangatkah? Atau siapa yang bangsat selepas kita memberi kepercayaan kepada UMNO untuk mentadbir negara hampir 50 tahun? UMNO dirasakan kurang relevan oleh rakyat hari ini; itu sahaja. Aku adalah rakyat itu yang merasai ditipu oleh mereka. Cukuplah bermain sandiwara dan menjadi pencatur kepada kepura-puraan.
MELAYU MASIH BERSATU DAN KUAT: YANG HANCUR DAN PERLU DIMUAFAKATKAN IALAH UMNO. ITU SAHAJA.
KEDUA:
Perjuangan aku ialah perjuangan rakyat. Rakyat yang menuntut maruah bahasa, bangsa dan agama tidak diLACURkan. Aku tidak mahu melihat, harga beras, tepung, gula, garam, minyak masak naik mendadak/mengila. Soal naik harga adalah perkara biasa. Tetapi soal kenaikan yang mengila itu lah yang luar biasa. Apa akan terjadi kepada nasib saudara mara aku yang tinggal di kampung? Hidup bahagiakah mereka setelah tanah sawah dirampas untuk pembangunan, setelah kebun getah dirampas untuk pembangunan, setelah kepala sawit dirampas untuk pembangunan, setelah juga tanah sekangkang kera untuk tanam ubi, pisang, jangung, durian, rambutan, langsat, kangkung, keledek, keladi dirampas untuk pembangunan. Kini, saudara mara aku mula gelisah dan resah kerana mereka tidak punya duit pencen. Mereka hanya ada sejumlah keringat dan air mata sahaja. Kalau semuanya naik mengila, bagaimanakah nasib mereka?
SIAPAKAH YANG MENGAWAL HARGA BARANG INI? MELAYU ATAU BANGSA APA? LALU LEBIH BESAR LAGI PERSOALAN INI, SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN.
JAWAPANNYA: Bukan lagu 'Bangau Oh Bangau'
KETIGA:
Hati aku tiba-tiba sebak dan tersentak. Hiba tiba-tiba bergenang di hujung hati dan air mata seakan-akan hampir bergenang. Cukuplah aku menjelaskan di sini bahawa melihat diri sendiri lebih baik daripada mencari kesalahan orang lain.
Kepada anda atau sesiapa yang sudah mendengar ucapan daripada pejuang MMMM, itulah ucapan mereka yang berulang dan berulang. Mereka tidak pernah melaksanakannya kerana hanya UMNO sahaja yang boleh membetulkan keadaan ini. Di mana mereka ketika itu? Walau aku tahu mereka tidak boleh memakai 'baju' UMNO untuk masuk ke dalam dewan MMMM.
Mungkin selepas ini, ada parti lain yang boleh membetulkan kesilapan ini juga. Meletakkan kepercayaan kepada UMNO sahaja bukanlah satu cara terbaik. Memberikan kepercayaan kepada satu-satu parti baharu juga perlu berwaspada kerana perjuangan mereka belum pernah teruji zaman.
Prinsip aku mudah sahaja. IMAN DAN AMAL ADALAH SENJATA PALING UTAMA DALAM KEHIDUPAN GOLONGAN MUKMIN YANG PERCAYA KEPADA ADANYA ALLAH, MALAIKAT, RASUL, QADA DAN QADAR JUGA SYURGA DAN NERAKA ALLAH.
AMIN.

3 ulasan:
BERSATU TIDAK SEMESTINYA BERPESATUAN.
Ini masalahnya. Aku tak nampak pun Melayu itu tidak bersatu. Hanya kerana mereka mereka tidak berbaju parti politik yang sama, mereka tidak dianggap bersatu.
tukar parti politik tidak jadi kesalahan, ini bukan tukar pegangan agama. (dewasa ini ramai yang bertukar tapi juak umno tak sibuk pun. Asyik salahkan ini semua agenda barat aka yahudi dalam kurungan lihat kes budak genius yang emaknya melayu johor dan bapanya pakistan england)
apa yang aku nampak, ini semua kerja kerja puak umno aka bn yang sibuk mengatakan melayu hilang kuasa, melayu tak bersatu, melayu hilang budaya, melayu entah apa lagi. Hinggakan si pembikin filem ini kata 'perlu sebuah filem untuk menaikan semangat melayu. Wah, dia ni siapa? Filem yang dihasilkan pun tanpa wajah melayu dan jauh sekali dari jiwa melayu (melayu=islam=melayu)
Lihat sahaja suratkhabar yang menjadi penaja. Satu wadah melayu yang telah hilang semangat perjuangan semenjak 40 tahun lagi.
Kalau si pembikin ini upaya menunda dirinya sebaris dengan reni riefenstahl, baru dia layak. maaf. ia sendiri dilatih oleh RTM.
Kenapa mereka semua datang berkumpul di johore? siapa yang mengeluarkan dana buat menjayakan persidangan ini? siapa yang bayar sebahagian besar duit penginapan para perserta?
Jawabnya UMNO aka BN.
Ini soal ruang kerja dan kuasa yang dimiliki oleh juak juak ini mula terhakis dan hilang satu persatu. hanya dengan mengunakan pakai santimen melayu mereka rasakan adalah satunya jalan untuk mendapatkan kembali.
ia adalah satu persidangan yang tidak memberikan kemakmuran dan makna pada seluruh umat melayu yang ada di malaysia.
berikan ruang ini kepada yang lebih muda. kepada yang akan mengundi lebih dari 4 kali. dunia ini adalah milik mereka. tetapi aku tak nampak pun suara jenerasi muda di sini. Mereka muda tetapi 40 tahun yang lalu. muda kerana suntikan botok.
salam.
setuju dan sokong
ASM Sdr Sham,
Apakah masih di perantauan, di pesisir pantai atau dimana sajalah asal ingat tempat jatuh dan padang permainan. Sila lihat posting saya yg terbaru , dan maklumkan kpd kawan-kawan; bukan sekadar rungutan, tetapi merayu bergerak bersama.Saya juga minta Dr Razali yg ke Mekah/Madinah untuk mendoakan perjuangan ini di depan Rumah Allah
Catat Ulasan