Isnin, 9 Jun 2008

ANTARA HASRAT DAN HARAP

i
Sebermula, maka tiada apa-apanya dalam sebuah cerita yang lain apabila harga minyak mendadak naik. Syahdan aku bertanya kepada diri sendiri, adakah dengan kenaikan harga minyak ini makanya harga barang-barang lain tidak naik sama maca kata memanda menteri hari ini. Logik akal ke alasan yang diberikan tatkala harga minyak naik maka harga barangan lain kekal. Bangang betul manusia yang membuat hukum matematik macam itu. Itulah impaknya jika matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris makanya untuk belajar mencongak kita pun dah tak tahu. Aduh, dua kali malang nasib orang Melayu.
Aku berkira-kira lagi, lepas ni harga barang apa yang akan naik lagi? Beras, gula, tepong, bawang, minyak masak, lada, garam, sayur, ayam, babi, dan lain-lain akan mencanak naik juga akhirnya. Aku sendiri tidak faham, memanda menteri kita belajar matematik di mana dan macam mana? Oh, baru aku teringat bahawa, emanda menteri kita belajar Ilmu Hisab dulu. Tentunya, ilmu dalam Ilmu Hisab itu tidak macam ilmu matematik hari ini. Hari ini 1+1=2; mungkin dulu 1+1= 1-0. Aduh, malangnya nasib aku bermemandakan menteri macam ni.
Aku berkira-kira lagi, bagaimana pula dengan bayaran perkhidmatan takrif elektik, air dan gas untuk memasak? Tentunya, semua itu menuntut maki hamun yang lebih agresif.
Aku berkira-kira lagi begini; alangkah baiknya jika memanda menteri kita ini dapat selalu berkunjung ke surau atau masjid dan bertanya dengan imam dan bilal tentang apa hukumnya menaikkan harga minyak mendadak begitu? Tentu, imam dan bilal akan menjawab, "jangan sesekali kita menzalimi orang-orang yang susah."
Aku memandang sebuah lukisan yang pernah aku lukis sambil merenung senarai harga yang aku letakkan di sisi lukisan itu. Tak mahal, RM2000 aja. Mungkin dengan kenaikan harga minyak ini, kewajaran untuk aku menukar harga itu kepada RM2500 agaknya berbaloi sama sekali.
Esok, lusa dan sampai bila-bila aku akan terus berkira-kira lagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

loh, udah smemang isu petrol ini jadi topik global. iya, mana bisa mungkin harga barangan nggak naik. mungkin bapak pemerintah udah punya cukup ikhtiar untuk membantu warga miskin.. iya, pokoknya kita sendiri jugak harus punya cara mendepani isu global minyak ini sih. kalu ditanya bagaimana, saya pikir masing-masing punya jalannya sendiri. harus juga bersyukur, kita masih punya harapan untuk hidup damai. masih ada makanan untuk disuap. lantas kita pula bersiap siaga berdepan apa jua kemungkinan selepas ini. tak begitu sudara?

Tanpa Nama berkata...

yang pastinya akan turun adalah

1-hujan, oleh itu sediakan payung.

2-Maruah dan harga diri pemimpin dan ahli umno, oleh itu jangan nak mengada-ngada masuk parti ini kecuali anda nak cepat kaya.

3-pangkat sebab anda tak sokong umno.

4-najis dan masuk ke pembentungan.

5-sila isi tempat kosong ( )

6-kubur. itu yang pasti. Lain lain yang diatas belum tentu.

Sham al-Johori berkata...

salam kepada pengunjung 'tanpa nama': Apa sudi kirannya memperkenalkan diri anda supaya kita lebih sekat meski jarak dan keadaan membataskan pertemuan. Idea anda mungkin perlu/boleh dikongsikan dengan lebih lanjut. Kadang-kadang kita perlu menjadi manusia yang berani bukannya berselindung di balik kata-kata. salam kunjungan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Shamsudin,

Sememangnya memanda menteri (dari Johor Bahru) itu hanya asyik dan lunak berkata-kata tentang 'bilion', 'rantai rangkaian subsidi', 'harga satu barrel minyak kini', 'rakyat dapat subsidi besar bahan makanan', dan bla.. bla.. yang terlalu teknikal dan sifatnya ilmiah ekonomi, apakah rakyat ramai bawahan faham..!!?? Kata memanda menteri Johor Bahru itu lagi... jangan bimbang kerajaan akan umumkan pelbagai langkah untuk ringankan beban rakyat (ayat klise sejak memanda menteri Pagoh dan memanda menteri Afdal lagi dengarnya...). Rakyat hanya tahu dan terkesan HARGA BARANG NAIK MENDADAK...

rar/johor bahru.