AKU beristifar panjang apabila mendengar/ mendapati berita kenaikan harga minyak bermula malam tadi (jam 12.01 - 5 Jun 2008). SMS dari teman-teman tidak henti menujah masuk. Jam masih berdetik mengikut rutin dan menunjukkan waktui 11.45 malam. AKU melayan kerenah sms daripada rakan-rakan dengan senyuman palsu tetapi dalam hati penuh bara yang mendidih. Seketika aku teringatkan mantan PM iaitu Tun Mahathir; teringatkan dia bukan apa sebab selama dia mentadbir negara 22 tahun tak pernah harga minyak naik mendadak semacam itu. Rupa-rupanya, segila-gila tun tu, masih ada orang yang lebih gila daripada itu.
Benar dan tidak dinafikan bahawa pembangunan menuntut pengorbanan tetapi pembangunan tidak boleh dicapai melalui kezaliman dan penindasan. Harga minya yang naik mengila itu akan menyebabkan seribu barangan lain naik mengila dan membabi buta juga. Tempiasan daripada kenaikan harga minya akan menyebabkan semuan naik angin atau naik minyak. Jadinya, yang akan terus menderita dan kecewa ialah RAKYAT.
Aku adalah salah seorang daripada 25 juta rakyat Malaysia yang mula akan menikmati kehidupan jerih dan payah itu. Adakah ini juga keputusan 'menang-menang' kerajaan? Adakah ini juga balasan terbaik apabila BN masih menang PRU-12? Atau, adakah ini janji manis yang menjadi manifesto BN yang penuh rahsia itu?
Aku sedang memikirkan nasib kedua ibu bapa aku yang hidup 100% bergantung kepada minyak untuk meneruskan hidup. Mampukah mereka meneruskan hidup dengan senang dan selesa seperti sebelum ini?
Kepada kedua ibubapaku, maafkan aku kerana gagal memberikan kesenangan hidup kepadamu, pada saat-saat kau beristirahat menuju tanah nurani. Aku anakmu terasa ditipu hidup-hidup oleh pemerintah yang diamanahkan rakyat. Maafkan aku ibu. Maafkan aku juga ayah kerana gagal memberikan nikmat hidup seperti yang kita impikan selama ini.
ii
Dua tiga hari sebelum ini, PM Iran, Ahmad Nijad berkata bahawa kenaikan harga minyak dunia adalah agenda amerika yang ingin menebus kerugian akibat gagal menguasai minyak di Iraq. Menyokong akan kenaikan minyak bermakna kita menyokong perjuangan kezaliman amerika terhadap Iraq dan Islam. Oleh itu, siapa sebenarnya penyokong amerika?
Aku tak ingin memaki dan menghina kerana aku bukan dilahirkan untuk memaki hamun.
3 ulasan:
Tuan Haji. Minyak sudah naik. Bila lagi rakyat nak naik minyak? haha. Kenaikan minyak ntatalah tindakan tidak bijak. Adalah lebih bijak rasanya untuk mengurangkan peruntukan pak-pak menteri, dan kpd petronas, mungkin mereka patut berhenti daripada terlibat dalam F1. Apapun, pak lah dan Mahathir, lebih kurang saja.
Adikku Lut,
kadang-kadang naik minyak dengan orang minyak tak ada bezanya. Kedua-duanya cekik darah dan memerah rakyat. Hanya kita aja yang belum bermandi minyak.
Hehehe.
"Minyak lintah masih kekal pada paras harga subsidi" - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Catat Ulasan