Rabu, 25 Jun 2008

BAHLULNYA IKLAN NST

AKU MESTI TULIS SESUATU TENTANG IKLAN NST INI.

Aku rasa semua orang pernah menonton iklan ini di kaca televisyen mereka. Iklan yang biasanya ditayangkan pada waktu puncak iaitu pada silingan Berita Perdana di TV3 itu sebenarnya menunjukkan kebahlulannya pengarah dan penulis skrip iklan itu. Kenapa aku berkata demikian?

Daripada kajian strukturalnya, iklan ini berlatarkan Kuala Lumpur (tempat/kawasan paling maju di Malaysia). Watak dan perwatakannya ialah sekumpulan pelajar lelaki yang menerima pendidikan di sebuah kawasan yang serba canggih, perwatakan mereka juga menampakkan mereka sihat walafiat (manusia normal). Kajian struktural akan menbuktikan ketidakrasionalan iklan ini.

Bahlulnya pengarah dan penulis skrip ini ialah;

1. Mustahil pelajar yang berada di Kuala Lumpur tidak pernah mendengar perkataan ' National Monument'. Hanya orang pekak sahaja yang akan tersalah pendengaran lalu menyebut ' cik Maimon'. - Ini bercanggahan dengan penampilan watak pelajar itu yang semuanya normal.

2. Mereka menggunakan bahasa Melayu baku. Oleh itu tidak tergambar kumpulan pelajar itu bertutur dalam dialek kedaerahan macam orang hulu Terengganu, hulu Perlis, hulu Johor, hulu Negeri Sembilan, hulu Melaka, hulu Pahang, hulu Sarawak atau hulu Sabah. Jika dialek kedaerahan itu wujud makanya kita boleh mempercayai bahawa mereka tidak tahu di mana nasional monument itu sebab pelajar itu mungkin baru pindah ke KL.

3. Sistem pendidikan di Kuala Lumpur adalah sistem pendidikan yang paling canggih di Malaysia. Semua kelengkapan P&P tersedia malah cikgu mereka juga merupakan cikgu terbaik. Tak kanlah semudah itu mereka tidak dapat memahami pertanyaan yang amat mudah. Hal ini juga dibuktikan oleh KPM sendiri bahawa pelajar-pelajar bandar tidak menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Keputusan peperiksaan (untuk mata pelajaran BI, matematik dan sains) menunjukkan bahawa prestasi mereka cemerlang.

4. 'Tugu Negara' adalah simbol patriotisma Malaysia yang termaktub dalam buku sejarah bermula daripada sekolah rendah lagi. Oleh itu, bagi seorang pelajar normal, mereka mesti tahu di mana letaknya monumen ini.

5. Dan, kemuskilan paling bodoh ialah bahasa Inggeris bukan bahasa asing bagi kalangan pelajar-pelajar Kuala Lumpur. Kajian mendapati 90% pelajar kawasan bandar (KL) boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Adalah mustahil juga setelah KPM melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam BI bermula tahun 2000 (kini 2008 bermakna telah 8 tahun berjalan), pelajar tingkatan 4 atau 5 tidak boleh faham soalan yang semudah itu jika dibandingkan dengan soalan matematik dan sains yang memerlukan penghuraian jawapan yang lebih sukar daripada itu.

6. Sebahagian besar penduduk di Kuala Lumpur terdiri daripada golongan masyarakat pertengahan yang mementingkan ilmu. Kesedaran terhadap pentingnya ilmu tidak pernah mereka nafikan. Malah mereka ini adalah juga anak-anak pegawai kerajaan yang status ekonominya baik kerana mampu menaiki bas ke sekolah. Oleh itu, bahasa Inggeris tidak terlalu daif atau bodoh bagi mereka.

Kesimpulan:

i. Ini semua adalah agenda juak-juak tertentu yang ingin menghina bangsa Melayu.
ii. Bangsa Melayu dipergadaikan kerana iklan ini tidak melibatkan pelbagai kaum. (Adakah
semua pelajar Cina dan India boleh berbahasa Inggeris dengan baik?)
iii. BAHASA MELAYU SEDANG MELALUI AGENDA UNTUK DIBUNUH
DITALKIN dan DIKUBURKAN.
iv. Pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam BI adalah GAGAL.
v. Menteri Pelajaran Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap iklan ini.

Nah, inilah sebuah kemarahan yang lain dan perlu ditentang kerana menghina bahasa dan bangsa Melayu!


9 ulasan:

Rahimidin Z berkata...

Bang Aji,
tak baik marah-marah.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

Rupa2nya aku tidak keseorangan berasa terusik dgn iklan nstp itu! ia bukannya bhn lelucon utk dtertawakn ats kbodohan tdk memahami bhsa mudah omputih! cuma, aku tdk mampu myusun kata2 utk mgungkap kmarahn, spt hg, sham. aku rasa, ada baikny jk kau pindahkn pula catatan ini dlm media cetak (utusan @ bharian) agar kita dpt mlihat ramai sebetulnya yg sensitif n cukup marah dgn iklan yg seolah mperlekeh anak melayu n paling penting - bhsa melayu itu sdiri.
-slm ukhwah, chulan.

Sham al-Johori berkata...

Sdr Chulan Chin,
Terima kasih atas ingatan. Akhbar berbahasa melayu juga tidak akan menyiarkan tulisan seperti ini kerana mereka adalah juak-juak itu juga.
Salam.

Tuan syeikh, dewek anak wak long,
...marah dan geram adalah penyakit hati... sama-sama kita mengubati hati yang luka ini dengan beristighfar panjanggggggggggggggg.

sahrunizam abdul talib berkata...

Teruskan perjuangan. Jangan undur dan jangan gentar

fatah85 berkata...

assalamualaikum, cikgu shamsudin.
heh, fatah dari asis, batch4.
best baca blog cikgu, lagi-lagi yg tentang iklan nst. memang tak setuju. sangat tak setuju dengan iklan tu.

Tanpa Nama berkata...

awek tu cun .heheh

Tanpa Nama berkata...

Yes!! mmg iklan tu sengaja menghina bahsa melayu. Org luar dtg sini sepatutnya cuba menggunakan bahasa tempatan.
P/s: budak yg nasihat "nanti senang dpt kerja" mcm dia dah keje plak. Belum tentu lagi dik oii

Tanpa Nama berkata...

Salam Din,
Syabas...saya juga berasa demikian apabila menonton iklan tersebut, seolah-olah pelajar-pelajar di KL tidak mempunyai penguasaan B.Inggeris langsung. Budak yang respon to pun bercakap seperti membaca skrip...tak 'natural' langsung.Apa pula kena mengenanya memahami apa yang ditanya oleh pelawat itu dalam B.I.dengan peluang mendapat kerja...tiada kaitan langsung.Apa kata disampaikan tulisan Din ini kepada Menteri Pelajaran dan lihat reaksi beliau atas perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

"nanti senang dapat kerja...."
Mungkin bagi sesetengah orang kata senang dan sesetengah sebaliknya.
Tapi memang tak logiklah la iklan ku... atau penulis skrip, pengarah, org2 NSTP mahupun stesen TV hidup dlm 'kotak' yg tidak tahu sekelilingnya....