Saya sentiasa menyokong kesungguhan membina sebuah tamadun bangsa khususnya Melayu. Tetapi menyokong pembinaan tanpa keikhlasan adalah satu pembohongan perjuangan. Itulah yang berlaku kepada pucuk pimpinan kita hari ini. Mereka bermain tarik tali dan cuba menguji jiwa rakyat. Mereka menjadi pencatur yang licik dan pemuka-muka yang indah. Rakyat hanya menjadi buah dadu yang dilontar ke sana- sini. Bahasa dan jiwa bangsa atau lebih tepatnya BAHASA MELAYU kita sedang DIPERJUDIKAN. Dipertaruhkan di meja judi kemudian berkira-kira menunggu menang atau kalau.
Ini bukan lagi satu dosa besar tetapi PELAKNAT. 10 tahun menunggu, Dato' hanya bermain dengan kata-kata yang muluk tanpa memberi keputusan. 10 tahun bukan satu jangka masa panjang. Dan, hari ini rakyat masih menunggu tanpa menyedari bahawa nasib bahasa kami sedang dan terus diperjudikan.
Maaf Dato',
Kami rakyat tidak menentang BI kerana kami menyedari peri pentingnya BI dalam proses perkembangan ilmu. Tetapi, kami benci orang yang mengangungkan BI sedangkan bahasa kita telah menjadi seperti kepuk padi mati kelaparan. Dato' sedar atau tidak bahawa kepimpinan kita lebih hina daripada pendayus yang menjual kekasih mereka kepada orang lain. Bahasa kita adalah kekasih kita; dan hari ini mereka menjualgadaikan kekasih kita itu. Bukankah itu DAYUS namanya. Kalau bukan dayus pun tentu mereka bergelar PENYUNDAL/ JALANG/ PELACUR.
Saat manusia eropah, barat dan timur sedang berusaha mempertahankan maruah bangsa dan bahasa, kita pula sebuah bangsa yang punya tamadun tinggi; menafikan hak dan memusnahkan ketamadunan sendiri. Manusia dan bangsa apakah ini dalam erti kata sebuah bangsa berilmu dan berakidahkan Islam?

Moga Allah SWT sentiasa memaafkan SAYA atas kemarahan ini kerana semua ini sudah tidak terbendung. Amin.
2 ulasan:
waduh, pak haji sham
marah sekali. tulislah selagi mampu, kerana ramai sudah yang telah kehilangan lidah.
Salam syeikh dewek anak wak long,
Sesungguhnya kesabaran manusia punya batas dan sempadannya. Moga Allah berikan hamba lidah yang syumul dan pena yang takwa.
Amin.
Catat Ulasan