SAYA menerima teguran daripada rakan-rakan tentang perjuangan saya terhadap bahasa Melayu. Mereka turut mengingatkan saya dengan pesanan bahawa BM itu bukannya al-Quran. Oleh itu, tidak perlu beriya-iya, bermati-matian mempertahankannya. Kata rakan saya juga bahawa BM adalah makhluk Allah yang tidak kekal abadi. BM akan mati sama seperti makhluk yang ciptaan-Nya.
Saya akur apabila perbandingan itu dilemparkan ke akal saya. Saya terima dengan rasa terbuka kerana bercakap soal makhluk tentunya kita akan melihat hubungan vartikal antara hamba dengan khalidNya; makhluk dengan Tuhannya atau juga hubungan yang lebih bersifat akidah rukun iman.
Dalam hal ini, saya menyokong dan bersetuju dengan pendapat itu. Tetapi, apa yang selalu saya jengkelkan dalam blog saya ialah persoalan menjadi PEMEGANG amanah yang diberikan oleh Tuhan itu. Setiap umat manusia telah diamanahkan untuk menyintai, menyayangi, mengasihi dan mempertahankan maruah dan jati diri kaum mereka. Kebesaran Allah menciptakan variasi kaum, bangsa dan bahasa merupakan satu fitrah yang akhirnya akan menjelmakan konsep masyarakat terbaik di sisi-Nya. Masyarakat terbaik ini akan melibatkan individu terbaik. Lantas inilah kaitannya dengan penciptaan syurga dan neraka Allah.
Sekirannya kita menjadi bangsa yang baik di sisi-Nya, itu bermakna kita telah menjaga amanah yang diberikan dengan seikhlasnya. Itu semua adalah janji Allah terhadap manusia yang beriman dan takut akan makna dosa dan pahala.

Justeru, ilmu pengurusan amanah ini tidak boleh dipandang ringan. "Jangan kamu tangisi agama jika ia diuruskan oleh ahlinya. Tetapi tangisilah agama jika ia diuruskan oleh orang yang bukan ahlinya." (Riwayat Ahmad).
Petikan riwayat Ahmad ini sering bermain-main dalam lingkaran gerak geri kehidupan saya setiap hari. Hari ini, kerana bahasa itu dipimpin oleh orang yang bukan ahlinyalah telah menyebabkan nasib bahasa Melayu itu seakan-akan hendak dikuburkan tanpa batu nisan. Sikap kepimpinan yang selalu mengambil jalan mudah, sanggup menjual tanpa memikirkan akan makna kehilangan, terlalu murah hati menderma yang hak tanpa memikirkan semuanya akan terhakis, berlaku sewenang-wenangnya.
Nah, lantaran itu jugalah saya sering berhati-hati akan konsep perpaduan yang kita canangkan. Lihatlah dengan mata kepala sendiri; sudah terlalu banyak orang Melayu memberi tetapi sebanyak mana yang orang Melayu terima?
Saya tidak menentang perpaduan kerana saya merasa bahagia menetap di tanah air bernama Malaysia yang berada dalam situasi aman damai. Saya akur dan menyintai tanah air ini. Tetapi juga saya punya perasaan kecewa yang perlu dikongsikan bersama-sama.
Orang Melayu telah cukup lama menjadi bangsa yang pemurah. Orang Melayu juga sudah lama menjadi bangsa yang baik hati. Kerana prinsip dan perwatakan inilah tanpa disedari perpaduan yang dibina telah hampir memijak kepala Melayu sendiri. Kini, orang Melayu masih juga seperti dulu.
Apakah kita tidak memikirkan bagaimana suatu waktu dahulu nenek moyang orang Melayu terpaksa memberikan emas, perak dan kekayaan mereka untuk memaknakan 'merdeka'. Ketika itu, di manakah mereka ini (bukan ingin menimbulkan sentimen perkauman)? Sudahkan kita membayar hutang orang Melayu itu? Kini, setelah kita menikmati erti merdeka; mereka menuntut lebih banyak daripada apa yang sepatutnya. Saya akui juga bahawa mereka ini licik dan pandai membaca perlembagaan dan peraturan hingga berjaya memperoleh apa yang dihajati. Tidakkah orang Melayu terfikir juga bahawa kerana kelembutan Melayu itulah akhirnya kita menjadi manusia yang pemberi tanpa memikirkan apa yang bakal kita dapat sepenuhnya.
Hari ini, kita gugurkan istilah sekolah Melayu dan digantikan dengan sekolah kebangsaan. Sebaliknya mereka menuntut supaya dikekalkan istilah SJK (C) dan SJK (T). Bagaimana kalau kita meminta istilah (C) dan (T) itu digugurkan? Bersetujukah mereka dalam erti kata perpaduan?
Saya mungkin tidak selayaknya berkata sebegini kerana saya perlu sedar siapa diri saya sebenarnya? Begitupun, walau apa-apa yang berlaku saya masih sangsi dengan konsep perpaduan ini kerana selama 50 tahun usia merdeka tanah air ini, hanya orang Melayu sahaja yang mengamalkan konsep bertolak ansur dan saling cuba mengerti.
Saya akui dan menerima hakikat juga bahawa tidak semua mereka begitu? Tetapi, sekurang-kurangnya mereka sedar dan boleh menasihati rakan-rakan, saudara-mara, suku-sakat mereka yang perpaduan tidak pernah mengenal bangsa dan bahasa. Perpaduan adalah persetujuan untuk berkongsi SATU BAHASA dan SATU NEGARA dalam erti kata yang lebih muluk ialah 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.
Esok lusa saya akan menulis lagi. Dan tentunya cerita itu tidak akan sama seperti kejengkelan hari ini.

3 ulasan:
salam saudara sham,
erm, saya setuju. kalau orang lain mesti cakap kita diskriminasi, perkauman. tapi kita kena lanyak orang lain senyap je. diskriminasi ekonomi paling nampak jelas. baik ekonomi, bahasa dan budaya, memang kita dah terduduk kena lanyak. cuma tak nampak lunyai je lagi. orang politik bagi alasan macam-macam nak tutup silap. dah lunyai nanti mungkin tak ada masa lagi nak bangun...al-mukaram la anak cucu...
Samsuddin,
Teruskan perjuanganmu dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Kita perlukan ramai lagi orang sepertimu. Saya berbangga dengan ketabahan dan kekuatan semangat yang saudara perlihatkan.
Aslkm. Sham, aku terusik dgn knyataan hg itu- ttg isu SJK (T n C) itu. Entahlah, sampai bila agaknya 'mereka' "menang" utk kekalkn 'T' n 'C' itu? Benar- kita terlalu 'pemurah' hingga membiarkn semangat setiakawan (?) menguntungkn mereka, n dlm masa yg sama kerugian kpd bangsa kita sdiri. Bdoalah, smga ada pemimpin yg berani mengubah dan mwujudkn hanya satu jenis sekolah - sekolah kebangsaan saja, jika tidak mahu ada SJK (M-Melayu).
Teruskn tintarasamu Sham yg prihatin dlm pjuangn bhsa kita.
Salam.
[Maaf, tulisan mgunakn kpendekn n ringkas di atas tdk bmakna mbelakangkn nahu & t/bhsa.]
Catat Ulasan