Khamis, 29 Januari 2009

SEBUAH KEHILANGAN YANG PENUH BERMAKNA


Kita kehilangan Sasterawan Negara lagi.

Saya menulis entri ini setelah beberapa hari blog saya tidak boleh di log masuk. Kenapa? Jangan tanya saya kenapa?

Justeru pada saat saya ingin menyatakan rusuh sedih hati setelah menerima berita negara kehilangan seorang sasterawan negara iaitu Arena Wati, bloh ini ditimpa masalah. Saya tidak dapat menyatakan peripilunya kehilangan itu. Seperti juga sahabat-sahabat penulis lainnya, tentu saya juga banyak nostalgia indah bersama-sama arwah. Seingat saya, arwah pernah mencatatkan nota kecil di atas buku saya begini, "Sdr Shamsudin, perjuangan bahasa bukan setakad hiburan tetapi maruah dan tamadun. Teruskan perjuangan." Catatan yang diikuti tandatanganya itu tertera di halaman judul bukunya 'Sakura Mengorak Kelopak'.

Meskipun hubungan saya mungkin tidak seakrab mana, tetapi cukuplah jika saya katakan bahawa saya membesar dengan novel-novelnya. Bermula dengan Eno, Sendera hinggalah yang mutakhir ini agak menyesakkan untuk menekuninya. Begitulah akhirnya, selepas dapat berkunjung ke HUKM bersama-sama SM Zakir dan M. Saleeh Rahamad saya hanya mampu menitipkan doa agar arwah diterima oleh Allah SWT sebagai insan yang soleh.

Ada rindu yang menusuk di kalbu. Al-fatihah dan moga Allah merahmati rohnya. Amin

Hari ini, kita kehilangan lagi seorang penulis iaitu sdr Samoza. Redzuan Harun memaklumkan kepada saya melalui sms ketika saya dan SM Zakir dalam perjalanan ke Sri Negeri Melaka. Moga Allah merahmati juga rohnya. Al-fatihah.

Begitulah sebuah cerita kematian setelah pada awal tahun 2009 ini kita kehilangan Ghazali Tocheh dan Sazali Yaakob. Ini semua adalah peringatan untuk kita yang masih hidup dan dipinjamkan nyawa.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

1. Sama-sama kita tetap sedekahkan AL-FATIHAH buat insan-insan yang telah kembali menenmui-nya.

2. Benar pelbagai halangan untuk tegakkan kebenaran dalam perjuangan, hingga pelbagai cara boleh dibuat... apa-apapun tuan tetap menjadi kebanggan hamba di tanah selatan ini atas teguran dan pandangan tuan terhadap isu bahasa, sastera, dan pendidikan tanah air.

3.Sekadar ingin kepastian dan pendapat tuan, saya terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia berjudul: 'Amanat terakhir Allayraham bela Melayu'(26 Januari 2009 - halaman 14), ada dinyatakan oleh anak arwah Arenawati bahawa "Bagaimanpun beliau berkata, bapanya bersetuju program PPSMI dilaksanakan kerana ia cadangan yang baik. Allahyarham berkata, mengapa Indonesia boleh menerima pengajaran sebegini tetapi tidak kita di Malaysia? tegasnya. (Dikutip langsung dalam akhbar)

4.Walau apapun, kita tetap sasa-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah Arenawati.

Sekian.

rar/

ekspresi berkata...

buku terakhir pak arenawati ada di upsi. nanti aku ulas dalam blog aku.

Azhar Salleh berkata...

Salam TUAN HAJI,
Kehilangan mereka merupakan kehilangan untuk kita. Merekalah pejuang sejati, yang meninggalkan amanat untuk kita. Al-Fatihah kepada mereka yang disayangi Allah.

saya manis berkata...

asalamualaikum buat saudara..

saya terkejut dengan pemergian arenawati saseterawan negara. walaupun hasil nukilannnya tidak banyak ditatap namun telah menjadi sebahagian dalam hidup saya sebagai anak sastera sehingga sekarang yang banyak mmpelajari tentang ksasteraan melayu.

ingin sekali saya berbicara dengan dan berkongsi pendapat dengan saudara mangenai dunia sastera. kebetulan saya seorang penuntut di Universiti dlm bidang sastera.

buat masa ini saya sedang mengumpul maklumat mengenai teori takmilah dlm novel MAHABBAH(SA)..

saya ada terbaca mengenai kajian saudara dalam unsur insaniah dalam novel tersebut..sedikit sebanyak dpt saya memahami apa itu unsur insaniah dlm novel yang dihasilkan oleh shahnon ahmad.

-Nur aisyah mohd yunus-