Rabu, 22 Julai 2009

Novel Resis ii "Love and Vertigo"


MATAN pensyarah saya (En. Saleeh Rahamad) di dalam blognya menulis di bawah entri 'Novel resis'. Dia menyuarakan rasa kebimbangan hatinya terhadap perkembangan novel-novel barat yang sedang memburukan nama Malaysia. Dia berkisah tentang novel "Love and Vertigo" karya Hsu-Ming Teo.

Saya tidak terperanjat dengan kisah itu walaupun buat-buat terkejut ketika membacanya. Lalu saya tuliskan sesuatu pada ruang komen entrinya itu. Saya perturunkan kembali komen saya itu di dalam entri saya ini.

Wah, memeranjatkan! (buat-buat terkejut aja).
Hehehehe. Kalau kita baca tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh dalam "Permata di Rumput Gemilang: Sastera Sebagai Ruang Bangsa" (DBP:2008), ketakutan itu sudah lama meresap di dalam diri politikus/kuasawan Melayu.

Sasterawan seperti kita hanya mampu merengus dan mengesat air mata sahaja. Di Turki, Orhan Parmok dah lama buat kerja macam tu. Di India pun sama. Di Malaysia rasa-rasanya dah lama berkembang (buktinya kena tanya pak Zakir dan syeikh Rahimidin). Sastera kita juga sedang berhadapan dgn pemesongan itu. Di tangan penulis bukan Melayu (maaf tidak semua) agenda ini sedang bermula.

Awas, MELAYU dan TANAH MELAYU sedang DILELONG.

Itulah komen saya. Membaca entri itu mengingatkan saya kepada kuliah saya bersama-sama Allahyarham S. Othman Kelantan (al-fatihah untuk rohnya dan 31 Julai ini genap setahun beliau kembali ke negeri abadi), pada tahun 2005 dulu. Ketika itu, Allahyarham sering mengingatkan saya supaya menulis sesuatu yang bermakna dan ingat akan perintah menulis itu adalah amanah Allah. Kata-kata Allahyarham yang tidak boleh saya lupa ialah, "menulislah apa-apa sahaja dengan penuh hikmah tetapi jangan jual negara." Saya dan rakan sekuliah ketawa mendengar lawaknya ketika itu. Begitulah dia, seorang sasterawan negara yang terlalu dekat di hati saya.

Hampir setahun Allahyarham S. Othman Kelantan meninggalkan kita, En. Saleeh Rahamat, mantan guru saya itu menjentik kembali kenangan itu. Kedua-dua mereka ini adalah guru saya yang cekal, gigih, otai dan brutal.

Semuanya masih segar dalam ingatan. Mari kita tentang agenda penulis yang sedang berusaha untuk menjual dan mengadai tanah air.

2 ulasan:

Melihat Kesunyataan berkata...

Samsuddin,
Begitulah penulis bangsa lain melihat kita dari kaca mata mereka yang kadang-kadang cuba mengelirukan sejarah. Bacalah novel berbentuk sejarah berjudul, 'Nanyang' oleh Hoo Kheng Hor terbitan Pelanduk (2007), yang menceritakan sejarah kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Secara halus pengarang ini juga menyatakan bahawa orang Melayu 'The Malay' brown-skinned outsiders more than a thousand years ago..' membunuh orang-orang Asli dan menawan wanita dan anak-anak kecil mereka untuk dijadikan hamba. Digambarkan melalui seorang perempuan orang Asli yang melihat kekejaman Dato' Jaafar yang datang menyerang dan membunuh orang-orang Asli. Gadis Orang Asli itu teringat kebenaran kata-kata orang-orang tua mereka yang menyatakan, 'I've heard from my grandfather when I was a boy that these people, like aur ancestors, come from far away, from across the sea.'
Dalam buku itu juga ditulis,' She had also heard that the Malay people often raided villages of her people, to kill the men, and then carry off the women and children to be raised, sold or given away as slaves.'
Buku ini seolah-olah ingin menyatakan secara halus bahawa orang Melayu juga pendatang.

Tanpa Nama berkata...

Mereka tak mungkin dapat menyangkal yang peta-peta kuno telah lama menamakan nusantara ini sebagai Malay Archipelago. Agak2nyalah Perak Man yang berusia 11,000 tahun itu, tok nenek siapa ye?