Saya dihubungi rakan-rakan wartawan tentang kisah mahasiswa UPM yang murtad atau dimurtadkan semalam. Berita yang tersiar di Malaysiakini itu benar-benar memeranjatkan saya.
Seorang rakan yang bertugas di rangkaian media utama menghubungi saya untuk mendapatkan kebenaran kisah sensasi itu. Saya yang terpinga-pinga diherdik oleh rakan saya yang katanya saya tidak mengambil berat hal ehwal pelajar. Saya menelan tohmahan itu bulat-bulat sambil otak saya berfikir akan duduk perkara kisah itu. Saya segera membuka internet dan menyusur ke sesawang Malaysiakini. Wah! Memeranjatkan apabila berita sensasi itu diakui dan menjadi berita utama di laman Malaysiakini.
Saya segera menghubungi anak didik saya yang menginap di asrama dan bertanya akan kedudukan kisah itu. Peliknya, mereka sendiripun tak tahu. Oleh itu, saya mengambil jalan mudah dengan memetik sepenuhnya dua perenggan berita yang dihebahkan oleh Malaysiakini, iaitu;
Saya segera menghubungi anak didik saya yang menginap di asrama dan bertanya akan kedudukan kisah itu. Peliknya, mereka sendiripun tak tahu. Oleh itu, saya mengambil jalan mudah dengan memetik sepenuhnya dua perenggan berita yang dihebahkan oleh Malaysiakini, iaitu;
Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi diperolehi daripada pihak universiti dan polis, setakat ini.
Undang-undang negara melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim.
Mudah-mudahan dengan berita ini, suasana akan kembali tenang dan damai. Kepada warga kampus UPM khususnya anak-anak didik saya, itu tanda supaya anda perlu lebih berhati-hati dan kuatkan iman.
7 ulasan:
Hairan juga, apakah cetusan ini sengaja dicipta sebagai memenuhi tuntutan strategi 'spin doctoring' dlm media. Kena hati-hati ... kena licik juga sebelah kita.
nauzubillah
disclaimer: seorang rakan yang bertugas di rangkaian media utama yang menghubungi dan mengherdik tuan punya blog ini, bukanlah nazmi yaakub.
sebagai wartawan romantik, saya tidak mengherdik kawan. saya hanya menjentik saja.
1Malaysia is equal with doing what i wish!
semestinye bukan aku yg herdik al haj!
Tuan,
Benarkah tuan diherdik, mungkin diherdik oleh puak YANG KALAH TETAP KALAH kot? Jika tuan diherdik oleh puak YANG KALAH TETAP KALAH itu, jangan pedulikan langsung ya... bukan 1 Malaysia pertahankan tuan tapi Sejuta Malaysia akan pertahankan wibawa tuan.
Salam Tuan Haji,
Ketika PALAPES UM melaksanakan ujian baca peta di bukit belakang Fakulti Bahasa, dekat dengan jirat cina tu- kami mengesan sebuah gereja di balik daun-daun pokok. nampak salibnya saja. Kalau kat UM.. ada sebutir 'kueh' dekat kolej 12.. Adakah kerana 1Malaysia kita terlalu toleransi hingga dalam bab ni pun.. isu murtad kembali panas dan memanaskan nampaknya...
Catat Ulasan