Tanggal 31 Julai 2009 maka genaplah setahun pemergian SN S. Othman Kelantan menemui undangan Illahi (al-fatihah). Pada tanggal ini juga, genaplah usia saya 43 tahun. Seperti yang saya tuliskan dalam sms kepada teman-teman yang menghantar ucapan 'Selamat Ulang Tahun' kepada saya; saya tulis "Terima kasih kembali. Usia adalah angka yang mendekatkan saya dengan kematian".
Terima kasih kepada anak murid, teman-teman dan keluarga yang mengutus ingatan itu. Dan kini, rupa-rupanya saya sedang bergelut dengan angka yang kian membanyak. Sejauh mana meningkatnya angka itu, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Ini semua adalah perjalanan yang tidak pasti. Jauh dan dekat destinasi itu, takdir dan waktu yang mengetahuinya.
Selepas solat subuh (terlewat sikit bangun sebab..., guru saya En. Saleeh Rahamad, S.M Zakir dan Rahimidin tentu boleh meneka kenapa saya terlambat bangun), segera saya tulis sajak ini;
JANJANG HAYAT DI LAUT 43
Aku buih di laut-Mu
teroleng oleh ombak
di lapisan cahaya
antara biru atau hijau langit
berapungan dipuput arus
menuju pantai abadi.
Aku ombak di air-Mu
sesekali membadai
dan pecah di pasir nafsu
lemas dalam alunan puisi perindu.
Aku pasir di pantai-Mu
kuukir rumah dosa
tanpa tiang dan bumbung pahala
juga aksara insaf
yang berwajah taubat
di pasir takwa.
Aku pulau di dada laut-Mu
menagih zikir matahari dan tahmid bulan
saat taubat angin menyentuh
di rukuk dan sujud terakhir
yang berakar di laut diri.
Janjang hayatku di laut 43-Mu,
adalah degup karang dalam kalimah ratib-Mu.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.
ii.
31 Julai hingga 2 Ogos 2009, saya, SM Zakir, Rahimidin Zahari, Amiruddin Ali dan rakan-rakan daripada DBP Wilayah Selatan akan berada di puncak Gunung Ledang. Kami akan cuba menikmati keindahan ciptaan Illahi. En. Saleeh, jangan cemburu sebab tak dapat ikut. Kita jumpa di Bandung aja.
Salam dari kejauhan.
Selepas solat subuh (terlewat sikit bangun sebab..., guru saya En. Saleeh Rahamad, S.M Zakir dan Rahimidin tentu boleh meneka kenapa saya terlambat bangun), segera saya tulis sajak ini;
JANJANG HAYAT DI LAUT 43
Aku buih di laut-Mu
teroleng oleh ombak
di lapisan cahaya
antara biru atau hijau langit
berapungan dipuput arus
menuju pantai abadi.
Aku ombak di air-Mu
sesekali membadai
dan pecah di pasir nafsu
lemas dalam alunan puisi perindu.
Aku pasir di pantai-Mu
kuukir rumah dosa
tanpa tiang dan bumbung pahala
juga aksara insaf
yang berwajah taubat
di pasir takwa.
Aku pulau di dada laut-Mu
menagih zikir matahari dan tahmid bulan
saat taubat angin menyentuh
di rukuk dan sujud terakhir
yang berakar di laut diri.
Janjang hayatku di laut 43-Mu,
adalah degup karang dalam kalimah ratib-Mu.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.
ii.
31 Julai hingga 2 Ogos 2009, saya, SM Zakir, Rahimidin Zahari, Amiruddin Ali dan rakan-rakan daripada DBP Wilayah Selatan akan berada di puncak Gunung Ledang. Kami akan cuba menikmati keindahan ciptaan Illahi. En. Saleeh, jangan cemburu sebab tak dapat ikut. Kita jumpa di Bandung aja.
Salam dari kejauhan.
5 ulasan:
bab bangun tidur lewat ni saya tak berapa tau. saya ada ajar ke dulu? tak da kan.
pergilah gunung ledang tu. apa-apa jadi jangan ngadu. sapa suruh tak ajak.
apa pun selamat hari jadilah. kita sambut kat bandung lah. sesama kita entah zakir tu bila hari jadinya entah. tapi bolehlah sambut sama ..
Selamat hari lahir cikgu...Semoga sentiasa dirahmati Allah cikgu sekeluarga.
selamat hari lahir yang ke 43.
Tuan,
Selamat Hari Lahir - tak tahu pula tarikhnya 31 Julai sedangkan ada bersama dengan tuan (sempat bercerita dan gelak ketawa) di Gunung Ledang (GL) pada tarikh ini...
Tuan perlu masukkan beberapa foto ketika di GL itu terutama 'gigitan ikan di tapak kaki' itu!
Jauh nak sambut hari jadi. Sama-sama nak bangun lewatlah tu. Pergi Bandung tak ajak. Ahh... kat sana bukan ada apa.
Catat Ulasan