Firman Allah yang maksud-Nya:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah.

(al-Fussilat: 37)
SAYAP GERHANA MENGEPAK TAKWA
Demikianlah cerita al-Fussilat: 37 kepadaku
pada suatu hari bening
berteman sunyi, sejadah dan sejalur cahaya.
Kau tegar berkasidah
tentang bulan dan matahari
juga ketauhidan Illahi
yang kelam dalam telaga imaniku.
Tanpa sahabat tetapi dua malaikat
sepi menjadi zuk yang indah
siang menyembunyikan gilang cahaya
di depanku gelap
tetapi sebuah takwa dan iman
damai menyatu.
Aku baca gerhana matahari-Mu, Rabb
sebagai pesan kiamat
yang kian mendekat.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.

1 ulasan:
Surat-surat Cinta i dan Sayap Gerhana Mengepak Takwa begitu mengesankan. Cinta dan iman bagai disatukan.
Catat Ulasan