Isnin, 13 Julai 2009

SETELAH MATAHARI ENGGAN BERDOA


ADA sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Ceritanya daripada seorang pensyarah IPTA yang sempat berkunjung ke Manek Urai pada cuti hujung minggu semalam. Saat kami bertemu di kios makan, dia mula bercerita tentang pengalamannya ketika berada dua hari di Kelantan. Dia yang saya kenali sebagai penyokong totok UBN kelihatannya bersungguh-sungguh menceritakan apa yang disaksikan di depan biji matanya sendiri.

Dia melontarkan kemarahan yang tidak terhingga kepada parti yang disanjungnya selama ini. Maaf dan dengan izin, biar saya ungkapkan kembali sepenuhnya kesimpulan daripada kemarahannya itu. Katanya, "gila sungguh puak-puak ni. Manek Urai dengan jumlah pengundi tak sampai 12 ribu habis duit rakyat RM127 juta. Nok jadi gapo pekan koboi ni, weh? Ada masjid nak diganti; ada jambatan nak ditukar; ada jalan rayo hok molok lagi nak ditukar..., gilo, gilo sungguh puak ni."

Saya yang tidak berapa pandai kecek Kelante' tu, mengukir senyum sendirian. Saya makan dua biji kuih buah melaka dan sepotong kuih kasui sambil memikirkan apalah yang hendak dimarahkan sangat profesor ini. Sebelum saya meninggalkan profesor yang masih marah-marah itu untuk ke kuliah, saya berseloroh dengannya, "prof, baru sekarang ke prof tahu yang puak tu gilo?"

Sehabis kuliah, saya menulis sajak ini.

SETELAH MATAHARI ENGGAN BERDOA

Beginilah kisah yang tak boleh didustai
setelah matahari enggan berdoa
bulan terus berzikir munajat
memohon rahmat-Nya
membuka pintu kemenangan.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori.

5 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Hal sebegini 'dah lama dah...!', apa yang hendak terkejut, ini bukan kejutan tapi satu jenaka sahaja. Tidak hairan jika nak bina jambatan baharu tapi kena pangkah UBN... macam juga di K. Trg tempoh hari juga...

Teratakerapung berkata...

puok-puok ubn memang gilo sikit?

edolah berkata...

apabila kebendaan meraja
rakyat diperkuda...
tapi mereka lupa cahaya kebenaran
akhirnya akan memadam gelap kebatilan...

Nur Fatiha Fadila berkata...

Assalamua'alaikum Tuan,
Terima kasih atas hidangan kisah ini.

Huhu, apabila kebenaran sudah dilihat dengan nyata - bermulalah episod caci-maki mereka yang terbiasa membiarkan diri ditipu terhadap yang menipu.

ekspresi berkata...

yea yea bn menang
bn menang
bn menang
yea yea
yerk!