Isnin, 27 Julai 2009

SURAT-SURAT CINTA


SURAT-SURAT CINTA i

Aku tatap surat-surat yang kau kirimkan
isinya adalah luahan yang meruntun
segugus cinta yang hilang
juga segunung rindu yang terhukum.

Seperti selalu,
aku segera ingat pesan dan harap
yang terkubur dalam sejarah masa lalu
kenangan saling bertali arus
mengiya kemudian menidakkan
cerita yang terjawab oleh waktu
tetapi sentiasa menguji iman.

Surat-surat cinta dari Yang Maha Esa
aku baca hayati saat matahari
resah di dalam dakapan bulan
dan Syabaan datang membawa pesan
kemuliaan sirah junjungan.

Dan, semalaman tadi,
surat-surat cinta dari Tuhan
mengutus aku ke negeri ingatan.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Kuala Lumpur.
5 Syaaban 1403H

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan SO,
Surat cinta dari Yang Maha Esa tentunya Al-Quran. Bagaimana ianya boleh menjadi segugus cinta yang hilang dan segunung rindu yang terhukum? Boleh tolong huraikan.

Sham al-Johori berkata...

Tuan Pencinta Pantai Bersih,
diksi 'hilang' merujuk kepada manusia yang tidak mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya; bukannya, mukjizat itu hilang.
Inilah yang dikatakan menuju 'alam malakut' Illahi.
Amin

Syafiq Afifi berkata...

wah! penjelasan yg sangat tepat.

cikgu saya mmg hebat!

S.M. Zakir berkata...

sajak-sajak cinta je sekarang, saya dan rahimidin mula musykil... lutfi dah lama musykil