Selasa, 25 Ogos 2009

1MALAYSIAKAH KITA?

SAYA sedang membayangkan anak-anak yang terdiri daripada pelbagai kaum ini sedang belajar di dalam satu sistem aliran persekolahan. Maksudnya tiada SRJK(Cina) atau SRJK(Tamil); yang ada hanya satu sistem sekolah iaitu SK (Sekolah Kebangsaan) yang bahasa penghantarnya adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia).

Bayangkan bagaimana riangnya mereka bermain dan berinteraksi? Seperti dalam gambar iklan Petronas ini, mereka gembira menerbangkan layang-layang Malaysia'. Di persisiran pantai bermain sambil menyusun makna perpaduan. Benarkah keharmonian itu wujud atau hanya sebagai satu momokan kosong sahaja?

Oleh itu, wajarkah SRJK(C) dan SRJK(T) dikekalkan di negara ini setelah kita menikmati kemerdekaan yang menjangkau usia 52 tahun? Jika universiti atau mana-mana IPTA/ IPTS berjaya menghimpun dan mewujudkan perpaduan itu, mengapa tidak perpaduan dan keharmonian itu dipupuk sejak anak-anak kecil di bangku sekolah rendah lagi?

Merdekahkah tanah airku?

5 ulasan:

mohamad kholid berkata...

sampai bila pun SRJK(C) dan SRJK(T) akan terus wujud. saya tertarik dengan tulisan ustaz riduan tee abdullah di mingguan kebelakangan ini. soal siapa yang lebih perkauman selalunya terarah kepada orang melayu - walhal hakikatnya kita semua tahu...

dahrie berkata...

setuju dgn pandangan tuan. 1Malaysia, sepatutnya di baca sebagai 1Malaysia, 1Bahasa, 1Sekolah...baru kena dengan slogan yang dicanang pemerintah

Rositah Ibrahim berkata...

Salam,
semasa saya dalam ting 1 - 3, murid cina di sekolah saya akrab dengan budak melayu. Sekolah itu terletak di pusat bandar Machang, Kelantan. Kami bermain bersama-sama, kunjung mengunjungi semasa perayaan aidil fitri dan tahun baru cina.
Bila bertukar sekolah, saya dapati murid cina mendominasi ting 4 Sc 1, 5 Sc 1. Sekolah ini antara 10 top schools di Kelantan. Ada jurang kaum menyebabkan kami tak selesa bergaul.

Nur Fatiha Fadila berkata...

Assalamualaikum,
SRJK tidak wajar diteruskan sekiranya citra 1Malaysia benar-benar ingin diangkat kerajaan. Tidak sedarkah mereka bahawa dengan penubuhan SRJK itu hanya akan mencambah benih pengasingan dalam diri anak-anak yang sepatutnya lebih wajar untuk sama-sama menikmati erti hidup pelbagai kaum. Bukankah meluntur buluh itu daripada rebungnya?

Apatah lagi, penubuhan SRJK hanya menambah kekalutan anak-anak itu untuk memahami bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan. Sudahnya, prestasi bahasa Melayu anak-anak berkenaan kala menginjak ke sekolah awam biasa akan menyusahkan diri mereka dan para guru sendiri.

azhan berkata...

Salam tuan,

Kita sudah bermula dengan silap dan masing-masing tegar dengan pendirian seperti bila orang Melayu ke India kita nak buat sekolah Melayu juga di sana. Segalanya yang Melayu. Maka 'Satu India' pun tidak akan wujud selagi kita tidak meng'india'kan ...

Bila orang Cina ke Indonesia. Walau cuma 3 % mereka tetap menukar nama dan bahasa kepada Indonesia. Jadilah Satu Indonesia yang teguh.

Bila mereka ke Malaysia?