Khamis, 27 Ogos 2009

APA KHABAR LIGA (EPL)?


Hari ini, saya nak bercakap tentang pasukan saya yang hampir 15 tahun tidak mempunyai tempat di EPL. Permulaan yang baik musim ini seolah-olah menjanjikan masa depan yang cemerlang.

Kepada peminat MU, Arsenal dan Chelsea, awas! Selepas Liverpool kena belasah, nantikan mangsa seterusnya. Spurs akan mengepakkan sayap dan melibas anda.

Apa khabar Luqman, Shukri, Zaid Akhtar, Rudsi, Hamir? Team anda macam politik Malaysia yang tidak menentu. Ala-ala UMNO aja; bersorak sekampung tapi tewas di gelanggang.

Hehehe.

Salam mengimarahkan ramadhan.

14 ulasan:

zaid berkata...

Spurs tu sekejap saja mengepak, lepas ni tersungkurlah ia.

Tunggu saja magis Harry 'Potter' Redknapp nya tidak menjadi. Rasanya Spurs rasuah suruhanjaya referee kot, macam MU. :-)

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Spurs hebat dalam 3 perlawanan awal EPL, inilah yang hendak dilihat persaingan yang lebih terbuka... tidak hanya dikuasai oleh 'Big Four EPL' (Man U - Chelsea - Liverpool - Arsenal). Harap-harap Spurs dan Man City akan gantikan tempat Man U dan Arsenal dalam mengisi 'Big Four' itu.

Harapan musim ini agar Man U dan Arsenal tidak memenangi sebarang piala... tapi ingat Spurs jangan jadi macam Sang Kuasawan Pagoh setelah bergelar orang no. 2 negara kini... bertambah angkuh dan riak...!

saleeh rahamad berkata...

sekitar tahun 80-an saya memang peminat Spurs. masa itu pemainnya hebat seperti glen hoddle, osvaldo ardiles.. hehe tak ingat dah. takat tu je. kami akan menonton tv kalau ada perlawanan bola. asrama sek raja chulan bilik tvnya di bawah sekali dan kami di tingkat 3. depannya padang bola. sebenarnya saya tak reti main bola sangat. main bola kecik je.(saja nak tumpang semangkuk. ngantuk lepaih jumaat).

Luqman Hakim QA berkata...

tak payah la peri ayam jantan berkokok, tahi berderai. dasar cap ayam!

edolah berkata...

gua skg dah tak tengok EPL... tunggu spanish league...gua sokong barca...sebab leo messi dgn gua sepupu !

S.M. Zakir berkata...

zaman tu spurs memang agak kuat, ada juga David Villa, dua orang pemain dari argentina. Tapi saya tetap setia dengan MU ada mafler zaman tu sampai hari ni. Barisan pemain MU yang tertulis di mufler tu; G. McQueen, A. Muhren, K.Moran, Lou Macari, R. Moses, G. Bailey, F. Stapleton, Mike Duxbury (back dan midfield yang saya minati), Bryn Robson (kapten), N. Whiteside, Ray Wilkins, S. Copper. Pengurusnya Rowan Atkinson. Zaman ni saya juga pemain yang tak kurang handalnya (he he). Betul, saya dah main secara semi pro dengan kelab Rambles bawah 16 tahun di Pulau Pinang dan dibayar RM15 seminggu (kira banyak jugakla masa tu). Umur saya 14 tahun. Dan biasak la star bola aweks punya ramai yang giler ahaks ahaks. Tapi pindah bangi, tukar profession,main motor lak merempit yahhh! Bangi kampung lagi masa, gua uptown beb, jadi hero la, semua fesyen gua budak bangi follow ha ha

Hamir berkata...

Mulanya malas nak tulis, tapi bila tengok nama terpampang, rasa macam
tak puas hati.

Resmi ayam jantan berkokok di pagi
hari sahaja, menjelang tengah hari belum tahu...

Saya ini peminat EPL era baru. Dulu
sekadar bermain di kampung dan lebih banyak syok sendiri sahaja. Pernah menyokong QPR tapi tak fanatik sangat.

Jadi fanatik bila melihat Jose Mourinho mengendalikan Chelsea. Setakat MU, Liverpool dan Arsenal
yang gah dan tersohor, mcm kacang
saja. Tapi selepas Jose keluar, semangat tu kurang sikit. Apapun,
Chelsea masih di hati.

HIDUP CHELSEA!!!!!!!!


Hamir Habeed Mohd

Hamir Habeed Mohd berkata...

Tahniah (tidak sepenuh hati sebab mendoakan kekalahan TH )atas kejayaan ayam tuan dengan Bolton 2-1.
Nasib ayam tuan sungguh cemerlang, berjaya memangkah Bolton 2-1 di minit
kecederaan.

Bertuah lagi nampaknya ayam tuan...

sahrunizam abdul talib berkata...

Betul ni, saya peminat pasukan bolasepak Malaysia yang tulen. bukan cap ayam punya

saleeh rahamad berkata...

wah macam nimari kita buat team bola pena veteran. 40-an ke atas. sapa boleh pecut lagi? atau ada yang perutnya tertinggal di belakang. cerita zaman kegemilangan masa muda memang seronok. atuk masa muda duluuuu..ha kita citer pada cucu nanti. masa tu dan tersandar je kat kerusi. nenek pun dan tak tidur sama kah kah..

Sham al-Johori berkata...

Salam teman-teman,
Fuhhh, berjaya juga saya membakar jiwa dan dunia bola sepak tuan-tuan. Itulah kenangan paling indah waktu ramaja. Menonton Spurs membelasah. Teringat Ricardo Villa, Steve Archiball, Glend, Ossie Ardelids, Crook, dll. Menariknya Spurs tempat berhimpunnya pemain Argentina berpesta dan tunjuk skill.

Pak Saleeh dan PaAk Zakir, jom kita tubuhkan kelab veteren bola sepak PENA dan lawan kelab MU ke atau Spurs ok juga.

Zaid Akhtar berkata...

spurs?
pasukan ayam katik.
tak lama lagi ... terkulai la tu.

boleh la join Shebby Singh hehehe.

ekspresi berkata...

idea pak saleeh tu bagus juga. tapi knp 40an? striker yang muda macam aku ni nak masuk team mana. hehehe

Tanpa Nama berkata...

dunia bola sepak sekrg hanya pndang khdapan,bkan la mau diknang jose mourinho mngndali THE BLUES...bkan mau di knang HENRY mengemudi srangan THE EMIRATES....bkan jua mau mengenang LIVERPOOL mgapai piala lapuk y da nk bkarat di pamerkan...bkan mau di pndang MAN.CITY y hanya pndai bebelanja n hnya bole dperolehi kjatuhan prestasi nya....dan jua SPURS y kononye cbe mengembakan sayap y sudah hancur lusuh stiap kali bertemu MANCHESTER UNITED....


SEDAR LAH...SELAGI AD FANS FOOTBALL MCM KOWG Y X MAU MENGAKU KELEMAHAN N KEKURANGN Y AD DLM TEAM MASING2 SELAGI 2 LA TEAM KOWG AD PADA TAKUK Y SAMA..KEKAL NGAN TROFI Y DA NK BEKARAT,DUIT Y BANYK BGAI DIHUMBAN KEDLM TONG SMPAH,DAN SOWG JURLATIH Y PRGI NYA X KAN KEMBALI bak kate rabbani...hahahaha...


ap2 pon ,MANCHESTER UNITED jgak la kelab terbaik dlm dunia...dan ingat la xkn ad y layak menandinginye...tanpe pembelot mcm CARLOS TEVEZ pon MAN.U bleh pg jauh la...tanpe pmain y tmhal kt muke bumi ALLAH S.W.T nie ap nme dia...CRISTIANO RONALDO!!!...pon MAN.U leh pg jauh jgk laaa...kowg nak kate ap pon kat MAN.U dowg tetap THE BEST IN THIS WORLD smpai kiamat...ha8...harp fans2 y agk bute pcal bola sepak nehh,dpt la sdar dgn kadar y sgera...

GLORY GLORY MAN UNITED..
GLORY GLORY MAN UNITED...

M anchester united BOLEH...
M alaysia BOOOOOLEEEEHHH...