Isnin, 17 Ogos 2009

D11- PERMATANG PASIR; ISU PENGKHIANAT BANGSA DIJAJA DAN WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan pada pagi ini.

Seorang kawan yang merupakan anak jati kawasan ini menghubungi saya semalam petang. Dia berkhias kisah akan usaha UMNO untuk merampas jajahan PAS itu. Kisah anggota Polis yang sedang membangunkan pondok keselamatan atas nama kedamaian dan keadilan demokrasi, kisah calon-calon yang mula turun padang berkempen, kisah anak-anak muda yang mula balik kampung juga kisah imam yang tidak bertauliah mula berceramah tentang 'pengkhianat bangsa Melayu'. Masjid dan surau mula dijadikan medan perdebatan tajuk 'pengkhianat bangsa' oleh wakil parti kerajaan pusat. Betul atau tidaknya kisah ini, saya tidak pasti kerana saya berada jauh di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Saya hanya mengar daripada corong telepon bimbit saya sahaja.

Blog Azizi Haji Abdullah (Tok Ya) juga menarik dengan berita terkini. Dia orang Penang, tentunya cerita dia lagi tepat. Hal-hal sebegini, hanya orang tempatan sahaja yang lebih arif. Saya penunggu kepada cerita demi cerita yang bakal menjelang. Saya menunggu janji-janji yang bakal ditaburkan. Saya menunggu pembangunan demi pembangunan yang akan dicanangkan.

Begitupun, apa yang saya harapkan ialah kata-kata dan harapan Tun Abdullah supaya PAS dan UMNO berhenti daripada menghina Islam itu perlu difahami secara serius oleh kedua-dua pihak. DAP, MIC, MCA, PPPP adalah parti yang kita ketahui bukan berpihak kepada Islam. Oleh itu, memang tidak hairan mereka menghina Islam. Mudah-mudahan, kedua-dua parti ini yang majoritinya Melayu-Islam dapat mempertahankan Islam dengan ikhlas dan sejujur-jujurnya.

Persoalan pengkhianat bangsa bagi saya adalah isu basi. Kenapa apabila tulisan jawi dimansuhkan, orang Melayu tak kata UMNO (Khir Johari) pengkhianat bangsa? Hari ini, kita masih boleh melihat akhbar bertulisan cina dan tamil di Malaysia. Di mana surat khabar bertulisan Jawi di Malaysia ketika usia kemerdekaan negara mencecah 52 tahun. Tulisan Jawi adalah sinonim dengan tulisan al-Quran. Nah, apabila tulisan jawi dimansuhkan di dalam sistem pendidikan negara makanya jiwa dan roh al-Quran juga turut mati sama. Kenapa UMNO Baru hari ini tidak mencanangnya sebagai pengkhianat bangsa dan agama?

Ada yang beranggapan bahawa tulisan hanya huruf yang tidak bermakna apa-apa? Sedarkankah kita bahawa tulisan adalah hasil artifak warisan bangsa. Atas sikap UMNO yang takbur itulah menyebabkan kadar jenayah kian meningkat, arak dan dadah, judi dan telek nasib bermaharajalela di mana-mana. Puncanya hanya satu iaitu, bermula daripada pemansuhan roh al-Quran itu tadi.

Saya amat berharap agar TPM yang merupakan menteri pelajaran dapat mewajibkan semula penggunaan tulisan jawi. Jika di sekolah (SJKC/SJKT) aksara Cina dan Tamil masih hidup subur, suburkan juga tulisan jawi di sekolah kebangsaan (SMK/ SK) yang majoritinya anak-anak Melayu.

Kembali kepada D11 Permatang Pasir. Ketiga-tiga calon yang bertanding adalah Melayu. Siapakah yang mewakili parti 'pengkhianat bangsa' sebenarnya? Jawapannya ada di mana-mana? Paling tidakpun di dalam diri kita sendiri yang hanya manjadi pengamal kepada 'budaya lihat dan dengar' sahaja tanpa berani menyatakan kebenaran walaupun pahit.

Mari kita baca sekali lagi wasiat Raja-Raja Melayu ini.

Berikut ialah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu
  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauaqn dalam negara dan ancaman luar.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Inilah wasiat Raja-Raja Melayu. Rupa-rupanya wasiat Raja-Raja moden lebih pelik berbanding wasiat / waadah sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.

Saya musykil, musykil, musykil.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan Haji...
sya pelajar Tuan dari UM...
tuan.
Politik itu sebenarnya indah.
cuma orang berpolitik itu yang menyebabkan potitik itu menjadi ketidakindahan...
Tuan Haji Musykil...
kam lagi la.

benuasuluk berkata...

Ya sheikh,
tu belum keluar lagi segala wasiat anak-anak dan menantu-menantu. lagi syeikh musykil nanti.

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com berkata...

Salam, Jemput Tn Rumah Lawat GEM Community ( DIrektori/Forum Perniagaan, Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia) - http://gem.socialgo.com

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Siapakah 'pengkhianat bahasa Melayu'?
Mungkinkah gelaran 'pengkhianat bahasa Melayu' boleh diganti 'pembohong dan penderhaka bahasa Melayu'?

Hasmora berkata...

Tuan Haji..

Saya sebagai Guru Pendidikan Islam mengakui anak Melayu kita amat lemah dalam tulisan jawi.. yg saya lihat di KL ini kebanyakannya teruk.. buku teks tidak dibawa hanya dengan alasan tidak boleh membaca jawi.. saya amat berharap program jQAF tajaan Islam Hadhari dapat mengembalikan generasi celik jawi.. kita harap begitulah.. sungguh.. virus duniawi telah membutakan terlalu banyak mata hati manusia kini hingga mengabaikan dan meremehkan hal-hal begini.. oh.. patriotikkah kita sekadar mengibarkan bendera di musim bendera seMalaya?!