Rabu, 19 Ogos 2009

Sajak 'KUDAKAP INGATAN ITU'


KUDAKAP INGATAN ITU

Aku kunjungimu saat kabus
menutup pintu puncakmu
berbekal segugus cinta dan rindu terhukum
oleh kepalsuan dan dendam
seorang lelaki bersayap nafsu
terbang menebak ikhlas hatimu
sambil menulis bait-bait berahi
yang tak tertunai.

Begitulah takdir Illahi
kabut dan hujan lebih memahami
hasrat yang menongkat
nikmat dan impian
resah dalam dakap dingin
tersepit antara renek anggerik
dan decip tiong gunung.

Perlahan-lahan dengan seberkas lelah
aku ketuk pintumu
dengan salam Tun Mamat
antara doa dan air mata
yang bertingkah di celah awan
kulafaz mentera pengasih tujuh helai sirih
kudendang seloka cinta derhaka mentua
saat langkah menyusup adab menyembah.

Gunung Ledang,
kususur sejarahmu
seperti kususur galur diriku
yang hilang dalam helaian
Sejarah Melayu
dan Hikayat Hang Tuah.

Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori,
Gunung Ledang 31 Julai-2 Ogos 2009

ii
Tuan Rusdi, dah siap 2 sajak. Tugasan dah selesai. Hehehe.
Sajak-sajak lain kena minta dengan syeikh Zakir, Rahimidin, Amiruddin, kanda Shapiai, WB Rendra dan lain-lain. Cukuplah 2 sajak.

6 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan,
Berbanyak terima atas sumbangan ikhlas 2 puisi tentang GL itu. Jasa baik tuan dihargai.
Saya masih menunggu puisi insan lain yang turut serta ke GL juga berikrar menyumbangkan sekurang-kurangnya 2 puisi.

Catatan: Tuan Zakir sudah ada 1 puisi, tunggu satu atau dua lagi puisinya.

hasni Jamali berkata...

Asalamualaikum, Cikgu Sham.

Alhamdulillah, seronok dapat bertemu pandang dengan cikgu, walaupun saya tidak menyapa. maaf, malu bertandang pula.

Saya Hasni Jamali. salah seorang peserta Akademi Sastera 2009, Alhamdulillah juga saya dapat ke peringkat akhir.

Moga Kritikan sastera terus berkembang, terima kasih kerana sudi mengadili perbentangan dan pemarkahan semua kertas kerja.

Doakan saya untuk bergelar juara pada peringkat akhir,ya. amin ;-)

saleeh rahamad berkata...

Kalau saya sajak ni tak lulus untuk disiarkan terutama dalam bulan Ramadan ni . sajak ini ada unsur kelucahan melampau. ada kep atut "hasrat yang menongkat"
apa ke bendenya tu. haji sham ni kalau sesekali bercakap memang hangat meletup.

Sham al-Johori berkata...

Wahai pak guru,
itulah yang dikatakan sufi.
hehehe.

Farmilla Hamdi berkata...

Asyik membaca puisi ini, antara tafsir dan desir kata, itu cerita dan anggapan penulisnya, dan kalau tersasar makna, itu juga tanggungjawabnya, tapi inilah puisi kan kan kan...

S.M. Zakir berkata...

itu kes makan akar pokok 'derhaka mentua'