Jumaat, 21 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK SALAM MARFIRAH

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur…”

(al-Baqarah, ayat 185)

Esok umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan ini mempunyai hikmat yang amat mulia seperti yang dicacatkan oleh Allah di dalam al-Quran serta diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis sahihnya.

Syukur kepada Allah, kerana ramadhan kali ini menemukan saya kembali dengan kemuliaannya. Saya masih diberikan nafas dan tenaga untuk sama-sama mengimarahkan keberkatan ini. Moga ramadhan kali ini dapat mengubah nafsu duniawi saya seterusnya meningkatkan berahi imani yang sejak dua menjak ini tewas oleh hasutan fana alami.

Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT dan mendapat hidayah yang dijanjikan oleh Allah sepanjang ramadhan al-mubarak ini.

Selamat berpuasa dan merebut janji Allah SWT itu. Amin ya rabbilalamin.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ramadhan.

Semoga kita mendapat keberkatan dan kerahmatan Ramadhan yang tulin tahun ini.

Bagaimanapun, kawan tak berapa puas hati dengan lambang Ayam Berkokok di blog tuan. Takkan menang sekali terus jadi wirawan...

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin berkata...

Salam sdraku..

Semoga Allah SWT memayungi hidup kita dengan rahmat keberkatan-NYA sepanjang bulan Ramadhan ini..

Selamat beribadah..

wslkm.

Zulfazlan Jumrah berkata...

Salam Abang Din. Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah Tarawikh. Tahun ni saya berazam nak cukupkan sebulan tarawikh. Insyaallah.