Selasa, 11 Ogos 2009

SASTERAWAN NEGARA KE 10


Penulis bersama-sama Anwar Ridhwan ketika PPMN 2009 di Ayer Keroh, Melaka.

TAHNIAH kepada Dr. Anwar Ridhwan atas kejayaan bergeral Sasterawan Negara. Moga sastera Malaysia akan terus hidup sejahtera. Tahniah juga kepada DBP yang menjadi urus setia atas ketepatan dan sasaran untuk anugerah yang penuh wibawa ini. Tahniah sastera Malaysia. Dan tahniah juga kepada penulis-penulis lain.

Setelah kita kehilangan ramai sasterawan, makanya inilah pengganti yang ditunggu-tunggu.



4 ulasan:

saleeh rahamad berkata...

Saya baru beli 11 buah buku Naratif Ogonshoto daripadaDatuk Anwar hari ni, sebelum dapat khabar terbaru ini daripada sdr Hanafi. Rugi pula tak minta tanda tangan Datuk Anwar kerana buku ini akann saya edarkan kepada pelajar saya. buat kenangan mereka.
tahniah Datuk

Nur Fatiha Fadila berkata...

Untung pula saya sebagai pelajar Dato'kerana telah diberikan percuma siap dengan tandatangannya. Sungguh, kejayaan Dato'kebanggaan kita.

Unknown berkata...

Nampaknya, perjuangan anti PPSMI tidak boleh berhenti, mesti diteruskan sehingga betul2 PPSMI dimansuhkan. Pengumuman permansuhan hanya penyedap hati semata-mata.

Hapuskan PPSMI.

Hasmora berkata...

perlukah menunggu beberapa SN pergi sebelum menjemput SN yang baru? adakah kerana desakan atau ada unsur2 lain maka barulah dilantik SN yg baru.. ini saya betul2 bertanya.. bukan menduga :)