Apa khabar? Maklumlah, setelah kita hampir dua minggu tidak bertemu. Aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi yang entah apa-apa. Pergi ke Lahat Datu selama seminggu kemudian terpaksa berkejaran pula menyiapkan diri untuk menghadiri temu duga. Kekangan kudrat ditambah dengan rutin keguruan benar-benar meruwetkan. Hendak tak hendak, semuanya itu terpaksa aku lakukan dengan sebaik-baiknya kerana itu tanggungjawab dunia.
ii
Semalam aku baru dapat memulakan kehidupan seperti biasa. Membaca dan menonton. Terasa seronok setelah hampir dua minggu ditekan beban tugas. Justeru, aku sempat berulit dengan kumpulan sajak Suhaimi Hj Muhammad yang terkini 'Cintamu Umi' terbitan DBP:2007. Syahdu dan segar sekali nuasa percakapan dan pemikirannya. Inilah karya terbaharunya yang aku kira akan meninggalkan surealisme yang menjadi pendiriannya selama ini. Tahniah As-Syuhaimi.
iii
Lama tak layari blog rakan-rakan, banyak cerita/berita terkini tak sempat aku ladeni. Email rakan-rakan juga tidak sempat aku balas atau tatapi. Maaf.
5 ulasan:
salam nurani..
saya singgah sini utk membaca catatan mengenai arwah ahmad faizal. saya tahu mengenai kematian arwah dari ex bos di berita harian, tapi masa tu mcm tak pasti sama ada arwah ahmad faizal yg pernah sertai mpr86... apa apa pun alfatihah utk arwah!
Assalamulaikum Lili,
Apa khabar? Lama tak dengar cerita. Begitulah kehendak Tuhan, rakan kita itu telah berada di negeri abadi. Soalanya, bila pula waktu kita?
Moga terus berjaya.
Aku juga mengucapkan salm takziah
salam nurani dariku untukmu. Moga kau dapat carikan aku tshirt komputer kat sana.
Aku berharap sangat.
Sekian Wassalam
Blog kau kalau ada jam lagi baik
Catat Ulasan