Khamis, 2 Julai 2009
SAJAK KEPADA 1MALAYSIA
SAJAK KEPADA 1MALAYSIA
monumen muluk ini terbina
dari lidah fikir menteri perdana
sebuah gagasan puluhan juta rakyat
terhimpun dalam rumah damai
yang bertiang
tapi tak berdinding beratap berlantai.
dari taman ilmu
aku merenung jauh
yang kutafsir adalah segugus damai yang hilang
dalam hati perpaduan
setelah berabad meniti jambatan merdeka
dari taman ilmu
aku mengetuk pintu Malaysiaku
membuka jendela kemudian merenung purnama bulan
sambil mendengar matahari bersyair
dan rakyat menadah air mata yang tertumpah
saat monumen muluk ini
memuncak ke langit dan mengakar ke pusat bumi
sukmaku membaca gerak sunyi
melangkah longlai meninggalkan masa lalu
hingga menyentap senyum tawa bonda.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori
*nota tambahan:
Selepas ini kita akan menemui 2Malaysia, 3Malaysia dan 1001Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
mencari makna.
apa pun, aktiviti di rumah pena sesiapa pun boleh pergi ek?
Sajak yang indah dalam menggambarkan peti rasa seorang rakyat 1Malaysia...
Segalanya ada di sini.
Tuan,
Mana perginya "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang", apakah telah 'hilang dalam malang'?
Masa perasmian itu PM kata, "Tiada nombor yang lebih besar dari nombor satu." Jadi 2,3 atau 1001 itu lebih kecil dari 1. ermm... hukum ilmu hisab baru ni...
Malang, dalam usaha Malaysia maju ke depan semakin BESAR pula kedangkalan berlaku...
Aku faham apa yg PM nak katakan itu. Tapi anak aku yg darjah 2 dan 5, keliru dgn pernyataan PM itu. Yang mereka tahu, hanya sifar lebih kecil dari satu. Nombor lain semuanya besar dari satu. Jenuh aku terangkan pula. Tapi aku dan PM pula dikatanya bodoh. Guru matematiknya lebih pandai. Jangan ingat perlancaran tempohari, anak2 kecil tak tengok sama...keliru mereka
konsep satu malaysia sangat kabur, samalah kabur dengan konsep islam hadhari, wawasan 2020 dan macam-macam lagi slogan simpati.
1- Malaysia
1- Dunia
1- Alam
1- Bangsa
Tapi yang paling besar ialah Tuhan yang 1 iaitu Allah swt.
salam,saya ucapkan salam satu malaysia buat semua orang di malaysia ini dan terima kasih kerana telah menjawab salam saya ini
1 malaysia.rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.kita 1 malaysia x leh sombong.kite ars lah bekerja sama untk mngalah kn musuh.bangun kn lah negara kite nie.harum kan negara kiter.klau negara yng lain leh , negara kiter p0n leh,kn.jd kite msti kuat bagai kn pedang
sorry..i have given a task by my lecturer that is i kena deklamasikan satu sajak bout 1 malaysia..
and i'm really like ur poem..can i use this poem for my task??
Catat Ulasan