Rabu, 4 Februari 2009
INILAH MAKNA SIASAH SARKASTIK
PETANG tadi sewaktu sibuk menghabiskan bacaan buku Letters of Four Seasons, tulisan Daisaku Ikeda dan Yasushi Inoue, saya dihubungi oleh seorang rakan dari Perak. Katanya ringkas tetapi cukup bermakna. "Datuk Nizar terpaksa bubar dewan undangan negeri. Dia gentlemen dan profesional."
Saya sebenarnya tidak terperanjat dengan cerita itu kerana saya sudah menduga apa-apa yang akan dilakukan oleh UMNO untuk merampas semula kerajaan yang pernah dikuasainya dahulu. Dan, malam tadi sewaktu menonton berita Bernama di rangkaian Astro 502(saya sebenarnya dah jijik menonton berita TV1 mahupun TV3 yang saya kira bukan menayang berita tetapi drama), saya melihat dengan angkuhnya sekumpulan manusia yang berkokok seperti ayam jantan. Saya malas untuk berfikir terus lalu merenung ke luar jendela sambil berfikir dan menduga.
Hati kecil saya menebak begini, "lepas ni tentu Kedah dan Selangor akan menjadi sasaran."
Inilah permainan politik. Hari ini kawan, esok lusa lawan. Hari ini minum semeja esok lusa disantaunya kita. Hari ini berteput bertampar, esok lusa ditikamnya kita dari belakang. Saya tidak hairan permainan politik seperti ini. Dan kerana itulah saya memilih untuk mengharamkan diri saya daripada terjebak dalam kancah politik.
Sesekali saya terfikir juga, berapa banyakkah wang rakyat yang terpaksa dipertaruhkan untuk menjual beli perjuangan? Urus niaga ini telah menjadi satu fesyen pakaian politik tanah air. Parti politik mana yang kaya raya, makanya parti politik itu boleh membeli apa-apa sahaja yang dinafsukan. Termasuk membeli tubuh dan prinsip.
Senario ini bukanlah perkara baharu di tanah air saya ini. Walaupun bukan perkara baharu tetapi sejak dua menjak, perkara seperti ini kian menular dan membisa di dalam masyarakat politik.
Kenapa hal ini berlaku?
Jika P. Ramlee dalam filem-filemnya telah membayangkan situasi 50 tahun berikutnya, makanya hari ini; situasi itu berlaku dan menjadi kenyataan sedikit demi sedikit. Bayangkan pada tahun 60-an ketika P. Ramlee berkata, "alif mim nun tendang wau ... sarkas," kita tidak dapat membayangkan makna sarkas itu.
Selepas jam 8.45 malam, saya mula berfikir semula tentang sarkas yang dimaksudkan oleh P. Ramlee itu. Saya menguntum senyum sambil ketawa kecil.
Kenapa sarkas?
Perkiraan saya mudah sahaja iaitu, di dalam pertunjukkan sarkas ramai manusia yang menjadi mangsa tipu oleh kebijaksanaan binatang seperti monyet, gajah, harimau, singa, burung, babi, anjing, biawak, serigala, tupai, siamang, kera, ungka, buaya, ular, kura-kura, arnab, tikus, dan sang badut. Bayangkan apa yang akan terjadi jika sekelip mata manusia terpesona dengan gelagat binatang yang dipertontonkan. Ada yang bertepuk tangan, ada yang ketawa, ada yang menjerit, ada yang tergamam, ada yang tersengih, ada yang berfikir dan tidak kurang juga ada yang terharu. Nah, begitu jugalah saya melihat siasah politik hari ini.
"Rakyat Malaysia sedang menonton pertunjukkan sarkas rupa-rupanya," getus hati kecil saya.
Selamat berada di alam sarkas selepas nasib Bahasa Melayu dan nasib bangsa Melayu diperjudikan oleh binatang-binatang yang sedang bebas berkeliaran di dalam sangkar emas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Nasi dah jadi bubur.... mane peginya anuar.... mungkin sedang merancang janji2 manis dan plan utk membuat demostrasi lagi.. hehehehe....
Tuan,
1. Bersabar..., ini sebenarnya plot dalam wayang pacak dan sarkis yang telah dilihat dan dikesan sejak selepas Mac 2008. Seperti kata tuan puak ini amat bongkak sekali dalam paparan media itu termasuk 4 ADUN baharu lompat (2 PKR yang tiada kualiti, seorang DAP yang lemah, dan peliknya seorang UMNO lompat PKR seminggu lalu lepas tu lompat balik UMNO), ya... selepas ini mungkin Kedah, Selangor, P. Pinang dan Kelantan? Bersiap sedia kerana perancang utama (Sang Penguasa No. 2) dan puak-puak pemimpin pengikutnya ini berkuasa amat bongkak kini... (tapi ingat kuasa YANG MAHA HEBAT SEGALA-GALANYA DAN MAHA BERKUASA HANYA ALLAH SWT).
2. Bersabar..., perancang utama (Sang Penguasa No. 2) dan puak-puak pemimpin pengikutnya ini akan berganda-ganda lagi secara berterusan dihina dikeji dibenci dikutuk dimaki disumpah seranah oleh majoriti rakyat. ADA RAHMAT BESAR sebalik peristiwa ini..., PEKUNG 'kezaliman, kejahatan dan rendahnya moral politik' perancang utama (Sang Penguasa No. 2) dan puak-puak pemimpin pengikutnya ini AKAN LEBIH LUAS, PANJANG DAN LEBAR TERBUKA.
3. Bersabar..., taktik dan teknik 'amat jahat dan jahilliyah sifatnya' akan MEMAKAN DIRI SENDIRI perancang utama (Sang Penguasa No. 2) dan puak-puak pemimpin pengikutnya ini satu hari nanti... balasan pasti tiba!
Sekian.
rar/
kalau x nak dengar kata tok guru kita siapa lagi nak dengar.... tok guru nik aziz pun hormat titah sultannnn....
kalau sultan yang lantik MB, x salah sultan juga suruh berhenti kan kannnn....
sarkas buatan malaysia baru,
dibimbing orang tak berilmu
lama-lama semua orang jadi keliru,
lama semua jadi haru-biru......
Catat Ulasan