Selasa, 24 Februari 2009

KHABAR DARI TANAH SEBERANG


I
SAYA rasa bersyukur kerana selamat kembali ke tanah air setelah letih bersama-sama rakan di Dewan Kesenian Riau (DKR), Pekanbaru, Riau. Bersama-sama ayahanda Dr. Ahmad Razali dan SM Zakir kami berdiskusi tentang peradaban Melayu yang terpisah oleh siur, sungai, selat dan lautan. Di sana kami turut dikunjungi oleh Timbalan Presiden PENA juga mantan guru saya di UM iaitu Mohammad Saleeh Rahamad dan Puan Nisah Harun (yang meloloskan diri seketika daripada program anjuran YWJ dan UNRI). Timbalan Presiden PENA itu mungkin ingin menjejaki jejak kami, tapi apakan daya hajatnya tak kesampaian.

Diskusi tentang dialog peradaban bangsa Melayu itu diwakil oleh kami bertiga dan bapak UU Hamidy seorang pengkaji, penulis dan dosen hebat di UNRI. Perkongsian ilmu tentang dunia Melayu yang kian terkuburkan itu banyak mengajar kami erti persaudaraan sejati. Alangkah baiknya jika majlis ini turut dilakukan di Malaysia supaya ikatan serumpun itu sentiasa segar dan mengharum wanginya.

Di DKR, kami turut berkongsi pengalaman pada malamnya dalam suasana yang santai bersama-sama Dr. Yusmar Yusuf, Griven H.Putra, Andry Ahmad, Kusaini KH dan lain-lain penulis mapan Riau. Kami merancang tampil sekali lagi dengan aktiviti yang lebih besar nanti juga di Pekanbaru.

Seharusnya hubungan serumpun yang terjalin sekian lama itu sudah menjadi sebuah taman indah yang di dalamnya anak-anak kita bisa berlari-lari dan meruntun kasih.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

1. Ketika tuan di situ saya juga di situ (dalam bandar Pekanbaru)tapi kita tak jumpa... hanya sempat berjumpa SM Zakir sahaja.

2. Jadual rombongan untuk program di UNRI, sekitar Pekanbaru dan ke Siak begitu padat, maka tidak sempat untuk berjumpa tuan, namun apa-apapun saya dengar tuan berhujah dengan begitu dinamik... tahniah!

Sekian.

rar/

Melihat Kesunyataan berkata...

Sham,
Macam mana boleh tak berjumpa di Pekan Baru? Saya jumpa SM Zakir, Nisah dan Salleh Rahmat.