Selasa, 24 Februari 2009

KELAHIRAN "TANAH NURANI"


Kumpulan puisi Tanah Nurani (PIB: 2009) ini adalah kumpulan puisi kedua saya selepas Taman Percakapan (DBP:2007). Kumpulan puisi ini memuatkan 80 puisi yang menghimpunkan 15 puisi terpilih daripada Taman Percakapan dan selebihnya puisi-puisi baharu yang berkisah tentang kembara sastera saya.

Buku ini dijual dalam bentuk set dan berharga RM157 yang memuatkan 2 kumpulan puisi, dua antologi drama, 4 antologi cerpen dan dua novel. Oleh itu, saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak dapat memberikannya kepada rakan-rakan sebagai buah tangan. Set buku yang berkonsepkan 'jualan perpustakaan' ini dicetak oleh Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd., yang sasaran jualannya adalah untuk perpustakaan bukan individu.

Setelah rakan saya sdr. Rahimidin Zahari mengiklankan kumpulan puisi ini di dalam blognya, ramai yang sms saya untuk memilikinya. Justeru keadaan yang tidak mengizinkan, makanya saya mohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi tuntutan rakan-rakan itu.

Begitupun jangan kecil hati dan selamat membaca kerana puisi-puisi dalam 'Tanah Nurani' itu telah tersiar di pelbagai media perdana.

5 ulasan:

fatah85 berkata...

salam..cikgu.
apa maksud buku berkonsepkan jualan perpustakaan?

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr SO: Lama aku duduk tunggu depan muka pintu kalau-kalau kau datang melawat dan bawa bertih.
Haram kau tak nampak datang. Aih, nampak mcam dah sombong semacam jer. Dah lupakah masa-masa lalu dulu tu.

Ni aku tengah tunggulah kau datang ni.

Satira+Kacau

Tanpa Nama berkata...

Salam sdr Shamsudin,
Tahniah.Bagi mereka yang keazamannya padu pasti dapat memilikinya jua suatu hari nanti.InsyaAllah. Salam hormat.

Tanpa Nama berkata...

Oooo...macam tu rupanya
-FahdRazy-

Mawar berkata...

Salam Sdr Sham
selamat untuk Tanah Nurani. selamat berjuang!