MAKA bermulalah agenda penting ini di rumah GAPENA pada tanggal 14 Feb 2009 hingga 15 Feb 2009. Tanggal ini bersempena Perlembagaan 152 (yang merujuk kepada 15.02). Seperti kata penyair Baha Zain di dalam Berita Harian khamis lalu, saya juga berharap agar semua golongan masyarakat dapat bersatu memperjuangkan nasib bahasa Melayu yang kian ditalkinkan oleh UMNO. Kalau dahulu anggota polis turut sama mengusung keranda ke parlimen, begitu jugalah harapan saya pada esok hari agar anggota polis dapat bersama-sama menyokong perjuangan ini.
Kadang-kadang saya sendiri keliru apabila ada orang Melayu yang tidak tahu erti perjuangan sebenar. Perjuangan mereka kerana politik atau kerana duit atau kerana maruah atau kerana suka-suka atau kerana sebagai batu loncatan atau kerana apa saya sendiri tidak pasti? Inilah yang sedang melanda pemikiran orang Melayu hari ini kerana mereka sendiri tidak tahu kerana apa mereka berjuang.
ii
Sempena perjuangan mempertahankan nasib maruah bangsa khususnya Bahasa Melayu, PENA sedang berusaha untuk menerbitkan antologi puisi kedua yang bertemakan nasib Bahasa Melayu selepas antologi "Manuskrip Luka Bangsa" (PENA: 2006). Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat diharap dapat mengemailkan puisi tersebut ke alamat sudean66@hotmail.com atau smzakir90@gmail.com atau rahimidinzahari@hotmail.com sebelum 15 Mac 2009. Mudah-mudahan dengan usaha ini, kita sama-sama dapat menyatakan pendirian kita terhadap nasib bahasa Melayu hari ini.
iii.
Kepada penulis yang karyanya termasuk di dalam antologi puisi khas anti Israel berjudul "Genting Gaza, Gentingnya Genting" diharap dapat bersabar kerana antologi itu baharu sahaja siap dan sedang diusahakan untuk diposkan. Kesabaran anda itu amat kami sanjung tinggi. Atau sekirannya berkesempatan, sila dapatkannya segera di Rumah PENA.
Kepada sesiapa yang berminat juga, antologi ini boleh dimiliki dengan harga RM15 dan dijual di rumah PENA kerana cetakannnya yang terhad.
Mari kita teruskan perjuangan ini.
1 ulasan:
Tuan,
1. Saya berminat untuk menyumbang 1 - 2 puisi untuk antologi tersebut, puisi saya ada juga dalam 'Manuskrip Luka Bangsa' yang lalu. Apa-apapun berbanyak terima kasih atas peluang dan ruang yang disediakan.
2. Terkini (Ahad - 15/2/09) dalam akhbar arus perdana..., Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 'tetap berkeras' menyatakan bahawa ramai pelajar menjawab Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, beliau menjawab kenyataan yang dibuat oleh Datuk Hassan Ahmad, Pengerusi GMP. Rasa-rasanya suara 'tetap berkeras' beliau seperti 'disuruh' oleh Sang Menteri agaknya...!!??
Sekian.
rar/
Catat Ulasan