Sabtu, 14 Februari 2009
SAJAK KHAS TENTANG PERJUANGAN BAHASA
SEEKOR SERIGALA DAN BAYANG-BAYANG
Aku tak pernah membayangkan
amarah dan dendam yang tersihir
oleh pesona makna kemajuan
kerana aku pasti sebuah musibah
akan menyalakan kebencian di persada kehidupan
Kau serigala bersalut keangkuhan
mimpi rakusmu adalah ranjau kematian yang bertali arus
dari lembah kemunafikan bangsa
bersengkongkol dan bersekutu
menguburkan bangsanya sendiri
seagama seketurunan
Kau serigala berdaging keangkuhan
kau serigala bernafsu serakah
didewasakan oleh tipu helah
dibesarkan oleh licik sombong biadap
Di tanah ini di negara ini
aku adalah mangsa berahi nafsu
yang menidakkan kedaulatan bangsa,
bahasa dan negara
seluruh rantau ini adalah wilayah kedaulatan
rumpun Tanah Melayu
malah sebahagian pesisir nusantara
adalah tanah tumpah darahku.
Kau serigala berahi yang terlepas dari kandang
membesar dalam ketakutan bayang-bayang
tidak pernah belajar menjadi berani seperti
Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Maharajelala,
Datuk Sagor, Dol Said, Abdul Rahman Limbong
tetapi kau serigala yang memilih bersekongkol dengan British
memperalatkan raja-raja Melayu untuk kepentingan
kuasa monopoli perdagangan dan pemerintahan
telah diperlekehkan bahkan dipadamkan
demi keinginan menjadi Menteri Perdana
dan melaungkan suara kemerdekaan
sambil menguburkah impian Dr. Burhanuddin dan Bung Sukarno
juga gagasan Melayu Raya.
Lima puluh tahun selepas tanah airku merdeka
kau menjadi serigala lapar yang sedang bermimpi mengusung
longgokan nama-nama Islam dan Melayu
bangsa yang berkiblat kepada Tuhan
sedangkan kau sebenarnya adalah serigala
yang bertuhankan pangkat kedudukan dan harta bendanya.
Esok dan mungkin lusa
aku sekadar ingin mengingatkan
jangan kau ulangi kisah
anjing dengan bayang-bayang
yang masih menjelirkan lidah
menjilat-jilat kekesalan.
Shamsudin Othman
Madrasah Sham al-Johori
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
Syeikh,
apa kena mengenak sajak tu dengan amoi dalam gambar?
Shamsuddin,
Sapa tu...
Salam ziarah...
Saya pusing memikirkan kaitan foto dan bait-baitnya..:)
tuan syeikh, abg shapiai dan lumut pagi,
buat-buat tak tahu pula. hehehehe
itulah yang dikatakan kenangan 'kembara'. orang berbudi kita berbahasa.
salam kembara.
abang , cun amoi sebelah. ada no telefon dia tak?
hmmm...?
kreatif. inilah istimewanya seorang shamsuddin othman.
salam..guru,,
..telah kupinjam baik-bait sajak indahmu 'serigala dan bayang2' untuk dideklamasikan sempena minggu bahasa sek..mnta dihalalkan,,,TQ.
-bekas plajAr PBMP 2008, UPM.
salam..guru,,
..telah kupinjam baik-bait sajak indahmu 'serigala dan bayang2' untuk dideklamasikan sempena minggu bahasa sek..mnta dihalalkan,,,TQ.
-bekas plajAr PBMP 2008, UPM.
Catat Ulasan